Keenakan Nasi Kalut Jitra Mai

Pening nak makan mana di Shah Alam? Anda peminat nasi kandar tapi tak berapa suka versi mamak? Mana tempat makan yang santai-santai bersama famili? Mana boleh berlunjur kaki selepas makan? Bertenang. Jangan kalut. Jom nikmati keenakan Nasi Kalut Jitra Mai versi melayu di Seksyen 7, Shah Alam.

Kedai makan Nasi Kalut Jitra Mai ni sangat unik. Kita boleh pilih samada nak duduk bersila di lantai di dalam kedai atau memilih duduk di meja makan di luar. Sekali pandang dalam kedai ni meriah macam tempat orang berkelah sambil duduk makan-makan atas ‘rumput’.

Nasi Kalut Jitra Mai indoor.
Ruang makan bersila sambil bersantai.

Bagi mereka yang bawa anak kecil, jangan kalut. Tempat permainan kanak-kanak pun ada disediakan. Jadi mak ayah boleh menikmati makanan dengan penuh ketenangan. Prihatin sungguh owner kedai ni.

Child playground at Nasi Kalut restaurant Shah alam.
Kawasan permainan kanak-kanak juga disediakan.

Pilihan Menu Nasi Kalut

Di sini semua urusannya layan diri. Jangan kalut kalau tengok orang beratur panjang untuk ambil order. Kalau waktu puncak atau malam, memang payah nak dapat tempat duduk. Tapi servis restoran ini memang pantas dan terbaik.

Long queue at Nasi Kalut restaurant
Sabar beratur panjang menunggu giliran.

Ada tiga pilihan menu utama Nasi Kalut iaitu ayam, daging dan sotong. Saya suka nasi kuningnya yang berlemak. Setiap satu menu didatangkan dengan set telur rebus/asin dan sayur ulam bendi yang segar sebagai pilihan. Kuah karinya tiga jenis di campur sekali atau boleh letak asing. Kuah karinya tidak terlalu pedas dan ‘panas’.

Nasi Kalut kitchen
Pekerja-pekerja restoran Nasi Kalut Jitra Mai sedang gigih menggoreng ayam dan melayan pelanggan.

Tidak kira samada kita bungkus atau makan di kedai, semua hidangan diletakkan di dalam bungkusan. Jadi jangan lupa lepas makan sila buang bungkusan sisa makanan ke dalam tong sampah yang disediakan.

Nasi Kalut ayam
Nasi Kalut menu ayam. Ayam gorengnya paling top, terasa segala rempah ratus, garing dan lembut isinya.
Nasi Kalut daging
Nasi Kalut menu daging. Isi dagingnya sangat lembut dan memang sedap. Atuk nenek pun tak kalut nak mengunyah. Maaf ya, isi daging tu dah tercubit sedikit sebelum sempat ambil gambar kerana tak tahan tengok kegebuannya.
Nasi Kalut menu sotong. Walaupun sotongnya agak liat sedikit tetapi ianya tidak menghalang nafsu makan saya untuk melahapnya.

Lepas ambil order, terus bayar kat situ juga. Untuk air minuman pula kena pergi ke ‘kaunter’ lain. Cuma ada air sirap, oren, teh ‘o’ ais dan limau nipis. Semua air harganya RM2. Nak air lain selain yang disebutkansila bawa sendiri dari rumah.

Gerai rojak pasembor dan kaunter air.

Selain dari menu di atas, rojak pasembornya juga boleh tahan sedap. Kuih rojaknya digoreng waktu itu juga. Memang sedap makan panas-panas.

Rojak pasembor Jitra Mai

Kemudahan Awam

Tempat parkir di sini banyak. Tapi kalau hari bekerja mungkin agak padat sedikit kerana di sini kawasan rumah kedai. Surau awam juga hanya terletak berhadapan Restoran Nasi Kalut ini.

Lokasi Restoran Nasi Kalut

Baca review Google saya di sini.

Nasi Kalut sudah. Rojak pun sudah. Lapar lagi? Hah… apa kata pekena Nasi Bukit di Padang Jawa. Ada berani?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *