Johor Bahru Dalam Mod Infrared | Kembara Infrared V

Kembara Infrared ke V kali ini kita jelajah turun ke selatan tanah air iaitu Bandar Johor Bahru, Johor. Walau bagaimanapun, tak banyak yang sempat saya rakam untuk mod foto Infrared kali ini kerana trip saya yang singkat. Namun begitu, saya kongsikan sedikit ‘hasil tangkapan’ di beberapa lokasi menarik yang sempat saya singgah. Untuk Infrared kali ini saya guna Canon EOS 1100D (basic DSLR aje) bersama filter lekap Hoya R72.

Masjid Sultan Abu Bakar

Tak sah kalau datang ke Johor Bahru tak singgah Masjid Sultan Abu Bakar. Banyak kenangan di masjid ini sewaktu zaman persekolahan saya dahulu. Kebetulan sekolah rendah agama saya tak jauh dari masjid ini, iaitu Sekolah Agama Bukit Zaharah.

Sekolah Agama Bukit Zaharah - Front
Sekolah Agama Bukit Zaharah. Terima kasih kepada semua guru-guru yang telah sudi mencurahkan segala ilmu pada saya. Semoga Allah merahmati kalian semua.
Sumber foto: Flickr.
Foto oleh: Azmeen Afandi

Patah balik ke Masjid Sultan Abu Bakar. Secara ringkas mengenai masjid ini, ia mula dibina pada tahun 1892 dan dirasmikan pada tahun 1900 oleh Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar. Masjid ini diberi nama Masjid Sultan Abu Bakar bersempena dengan nama Almarhum Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim, bapa pembangunan moden Johor.

Lokasinya yang terletak di puncak bukit persisiran Selat Tebrau, menjanjikan panorama yang cukup indah. Jom kita tengok senibina masjid ini.

Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru
Laluan utama dan pintu masuk ke Masjid Sultan Abu Bakar.

Senibina masjid ini diilhamkan dari gaya Inggeris Victoria dan juga ciri-ciri senibina Islam. Gabungan senibina ini menjadikan masjid Sultan Abu Bakar kelihatan unik, apatah lagi ianya dibina oleh jurutera-jurutera anak tempatan.

Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru
Anjung Masjid Sultan Abu Bakar

Lokasi

Dataran Bandaraya Johor Bahru

Dari Masjid Sultan Abu Bakar, kembara infrared saya bergerak pula ke Dataran Bandaraya Johor Bahru, yang jaraknya lebih kurang 2km. Dataran Bandaraya Johor Bahru atau dipanggil juga City Square tidak kurang juga menarik bagi peminat-peminat fotografi.

Dataran Bandaraya Johor Bahru @ City Square
Menara jam besar di Dataran Bandaraya Johor Bahru

Dirasmikan pada 31 Disember 1993 dan mula dibuka pada 1 Januari 1994 sempena Majlis Perasmian Johor Bahru sebagai status Bandar Raya. Menghadap Selat Tebrau, dataran ini juga berdekatan dengan Hotel Thistle, Hospital Sultanah Aminah dan padang Sri Gelam.

Lokasinya yang strategik menjadikan dataran ini sering menjadi tumpuan untuk sebarang aktiviti rasmi mahupun aktiviti keluarga terutama pada waktu malam. Kedai makan berhampiran pun banyak di sini. Pernah tak dengar cerita hantu lilin? Ok, lain topik.

Lokasi

Taman Merdeka

Taman Merdeka diberi nama bersempena memperingati perjuangan negara untuk mencapai kemerdekaan dan dirasmikan pada tahun 2011. Lebih kurang ada 9 halaman dengan bertemakan sejarah yang menggambarkan sesebuah perjuangan.

Dahulunya dikenali dengan nama Taman Tasik Utara. Kebetulan rumah lama saya tak jauh dari sini, setiap hujung minggu saya selalu jogging dan berbasikal ke sini. Pernah juga saya tengok live konsert rock Clash of The Bands šŸ¤Ÿ di kawasan tasik ini.

Waktu saya datang ke sini, air tasik Taman Merdeka ini tengah kering kontang. Jadi tak banyak scene menarik dapat dirakam.

Taman Merdeka merupakan pusat rekreasi dengan pelbagai kemudahan disediakan seperti trek jogging, kolam mandi kanak-kanak, air pancut, laluan mendaki dan taman mini / monumen. Kebiasaannya waktu malam lebih meriah dengan kedai-kedai makan dibuka.

Sebenarnya, banyak juga foto yang saya rakam di sini tapi sayangnya banyak yang tak jadi. kebanyakannya overexposure. Maklumlah, baru belajarlah katakan.

Lokasi

Makan Menarik Di Johor

Di hujung artikel ni, kita lari sedikit dari subjek. Ingin mencari tempat makan yang best dan unik di Johor, saya syorkan anda cuba Restoran Kari Kambing 40 Hari. InshaAllah, pasti puas hati.

2 thoughts on “Johor Bahru Dalam Mod Infrared | Kembara Infrared V

  • 26th February 2020 at 12:28 pm
    Permalink

    Whoaa..cantikkk gambarā€¦.Saya orang Johor..tapi Taman merdeka pun tak pernah lagi pergiii ..lorhh

    Reply
    • 26th February 2020 at 12:34 pm
      Permalink

      Sunyi sikit tempat ni walaupun tepi jln besar. Org ramai lebih gemar pergi ke hutan bandar, tak jauh Dr sini. BetulĀ² depan sekolah men sultan Ismail (ssi).

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *