Makan Sampai Kenyang Di Gerai Nasi Bukit Padang Jawa

Pastikan anda betul-betul lapar, baru berbaloi datang makan di gerai Nasi Bukit Padang Jawa ini. Ya, pertama kali saya datang menjamu selera di gerai Nasi Bukit Padang Jawa ni memang terkejut bila melihat portion nasi dia. Patutlah dipanggil nasi bukit. Satu pinggan nasi boleh dimakan untuk 2 hingga 3 orang. Pasti makan sampai kenyang.

Nasi bukit padang jawa
Portion nasi putih

Ada pelbagai pilihan menu di sini. kalau order nasi putih boleh lawan dengan lauk seperti udang/sotong goreng tepung/kunyit, atau ayam/daging masak merah, telur bungkus/bistik/masak berlada. Di tambah pula dengan sayur campur goreng atau kangkung belacan atau sup sayur. Pendek kata semua menunya menarik.

Sup sayur camout
Sup Sayur Campur
Menu utama Nasi Bukit Padang Jawa
Menu utama Nasi Bukit Padang Jawa

Selain dari menu rutin, ada juga menu istimewa seperti nasi ayam madu/penyet, nasi pecal lele, nasi goreng ayam penyet dan juga paling best, nasi kambing bakar.

Nasi kambing bakar padang jawa
Kambing bakar. Ala-ala western okay.

Selain dari nasi putih, ada juga hidangan yang bergoreng disediakan. Macam-macaim pilihan ada sampai pening nak pilih. Biasalah bila tengah lapar ni, semua nampak sedap di mata 😋.

Menu masakan bergoreng nasi bukit padang jawa
Menu untuk masakan bergoreng di gerai Nasi Bukit Padang Jawa

Tapi kesemua hidangannya ‘berbukit’. Jadi kena pandai agak-agaklah bila buat pesanan tu. Tapi kalau tak habis, boleh bungkus bawa balik.

Kuey teow goreng dan nasi goreng paprik
Kuey Teow Goreng dan Nasi Goreng Paprik

Minuman pula ada yang sejuk dan yang panas. Pada yang kurang suka manis-manis atau tak sanggup kena potong kaki, kena pesan awal-awal minta kurang manis. Kesemua minuman yang saya pesan rasanya terlalu manis.

Teh tarik halia
Teh Tarik Halia yang kaya dengan halianya

Ulasan

Dari segi perkhidmatan, memang terbaik. Saya tidak menunggu lama untuk pesanan saya sampai di meja.

Rasa makanannya pun sedap. Sesungguhnya pemilik gerai ini adalah seorang yang pemurah. Setiap hidangan padat dengan segala ramuan dan bahan-bahannya. Harganya pun murah jika dibandingkan dengan hidangan yang membukit itu. Memang sangat puas hati. Mudah-mudahan Allah murahkan lagi rezeki pemilik gerai Nasi Bukit Padang Jawa ini.

Jadi tidak hairanlah gerai Nasi Bukit Padang Jawa ini sentiasa menjadi tumpuan pelajar-pelajar dari kolej/universiti yang berdekatan.

Lokasi Gerai Nasi Bukit Padang Jawa

Check out my review of Nasi Bukit Padang Jawa Shah Alam on Google Maps.

Tempat Makan Menarik Di Seksyen 7, Shah Alam

Selain dari Nasi Bukit Padang Jawa, ada beberapa lagi tempat makan yang menarik di sekitar Seksyen 7, Shah Alam. Antaranya:

Rodamo Butik Cafe. Kafe dengan dekorasi interior yang menarik dan berkonsepkan santai bersama-sama famili atau rakan-rakan.

Kafe Eat & Repeat. Ingin makan pelbagai menu dengan bajet yang kecil, boleh cuba menjamu selera di Kafe Eat & Repeat.

*Nota: Maklumat di atas adalah dari pengalaman saya sendiri. Setiap foto adalah hakcipta terpelihara. Penilaian (review) dibuat tanpa dipengaruhi oleh pihak ketiga.

4 thoughts on “Makan Sampai Kenyang Di Gerai Nasi Bukit Padang Jawa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *