Apa Yang Sedapnya Mee Goreng Bodoh Melaka?

Mee goreng bodoh Melaka? Apa yang sedapnya sampai orang ramai sanggup beratur panjang dan jadi viral? Jangan kata orang melayu, orang cina dan india pun datang berkunjung ke sini. Salah seorang sahabat cina saya kata dia mesti pekena mee goreng bodoh ni setiap kali datang ke Melaka. Nak tau apa yang sedapnya mee bodoh ni, meh sini saya kongsikan rahsianya.

Gerai Mee Goreng Hasan

Gerai Mee Goreng Hasan atau lebih glamor dipanggil Mee Bodoh oleh orang Melaka adalah warisan perniagaan keluarga turun temurun semenjak tahun 1968. Bermula dengan perniagaan dengan basikal, kini Encik Hasan memiliki gerainya sendiri.

Sebenarnya perkataan ‘bodoh’ itu merujuk kepada mee goreng kosong. Maksudnya tak banyak bahan dalam mee goreng tersebut. Hanya mee kuning dan sayur taugeh sahaja, dimakan bersama hirisan timun dan sambal. Jadi, apa yang sedapnya? Ok, sikit lagi nak sampai.

Cabaran Menanti Di Gerai Hasan

Gerai Mee Goreng Hasan dibuka seawal jam 7:30 pagi. Tidak susah nak cari gerai Encik Hasan ini kerana lokasi gerainya terletak betul-betul di tepi jalan.

Gerai Mee Goreng Hasan Jalan Tengkera
Gerai Mee Goreng Hasan yang terletak di Jalan Tengkera.

Cabarannya ialah nak mencari parking kereta. Tiada tempat parking khas disediakan. Ramai yang parking di bahu-bahu jalan sahaja dan di kawasan perumahan yang berdekatan. Tapi awas ya, jangan sampai menghalang lalu lintas dan orang lain keluar masuk (⚠ park at your own risk!).

Jalan Tengkera Melaka
Parking di bahu jalan, Jalan Tengkera.
Atau di kawasan perumahan berdekatan.

Dah dapat parking, cabaran seterusnya ialah nak dapat tempat duduk pula satu hal. Lazimnya gerai Encik Hasan ini sentiasa penuh. Jadi kenalah sabar menunggu meja kosong.

Gerai Mee Goreng Hasan full house
Gerai Mee Goreng Hasan sentiasa dipenuhi pelanggan.

Sambil-sambil tu boleh mula beratur untuk mengambil makanan. Rupa-rupanya yang beratur panjang tu menunggu telur goreng mata kerbau sahaja 🍳. Manakala mee goreng tak perlu beratur.

Beratur panjang semata-mata nak ambil telur goreng mata kerbau.

Telur goreng mata kerbaunya digoreng dengan menggunakan minyak dari sambal yang digoreng. Di tepi meja pick-up telur goreng disediakan hirisan timun dan sambal. Ikut kita nak letak berapa banyak. Saya rekomen sambal dia ambil lebih sedikit 😋. Satu telur goreng mata kerbau harganya RM1.00.

Telur goreng mata kerbau dengan sambal dan hirisan timun.

Untuk mee goreng tak perlu beratur. Tunggu sahaja di meja, nanti pekerja mereka akan datang ambil order dengan minuman sekali. Mee goreng akan dihantar panas-panas dari kuali. Sepinggan mee goreng harganya RM2.00.

Mee goreng bodoh Hasan
Mee goreng Hasan

Mee kuning digoreng menggunakan sambal tumis yang diwarisi dari air tangan ibu Encik Hasan sendiri. Kelazatan mee goreng bodoh ini sebenarnya terletak pada sambalnya. Bagi menambah perisa pada mee goreng tersebut, boleh tambah cuka dan kicap Melaka buatan orang kampung.

Vinegar ketchup melaka
Cuka dan kicap Melaka sebagai pembuka selera.

Selain daripada mee goreng, ada juga jual nasi lemak dengan harga RM2.40 sepinggan.

Nasi lemak gerai Hasan
Nasi lemak gerai Hasan

Walaupun nama mee goreng ini agak kasar ‘bodoh’ tetapi rasanya tetap enak. Encik Hasan sendiri sudah lali dengan panggilan mee goreng bodoh ini yang diberikan oleh kenalan beliau sendiri. Dengan gelaran mee bodoh ini jugalah perniagaan beliau menjadi viral dan antara yang popular di Melaka. Jadi kalau berkunjung ke Melaka, boleh lah bersarapan di sini.

Sila klik sini untuk ke lokasi dan ulasan saya di google review.

Lain-Lain Tempat Makan Menarik Di Melaka

Selain dari Gerai Mee Goreng Hasan @ Mee Bodoh, ada beberapa lagi tempat makan yang menarik di Melaka. Nak merasa makan mee dalam besen, boleh cuba Mee Besen Original Melaka di atau ingin merasai kelazatan satay warisan Melaka, boleh berkunjung ke Restoran Lineclear Kg. Jawa, Melaka.

4 thoughts on “Apa Yang Sedapnya Mee Goreng Bodoh Melaka?

  • 1st January 2020 at 11:39 pm
    Permalink

    Mee goreng bodo 😂 Adeh tak boleh blah nama 😂. Tapi memang diakui, nama mee ni viral betul.

    Reply
    • 2nd January 2020 at 6:55 am
      Permalink

      Biasalah org melaka ni cakapnya kasau 😆 mcm² nama diberi. Keria hawau ler.. tapi w’pun dipanggil mee bodo, Alhamdulillah bertambah² rezeki mee goreng Pak Hasan ni.

      Reply
  • 27th January 2020 at 1:12 pm
    Permalink

    hiii x taau pulak adaa mee biaasaaa yang tau popular coconut shake

    Reply
    • 27th January 2020 at 4:29 pm
      Permalink

      Ada tuan. Antara yg menjadi tumpuan juga di Melaka. Kena dtg awal pagi sbb hari2 ramai pelanggan.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *