Farm Ville Cafe & Homestay Sekinchan

Hotel kontena kini semakin menjadi trending dan menjadi pilihan kepada kaki travellers. Mungkin kerana ianya mudah untuk berurusan dan harganya yang murah. Antara hotel kontena yang agak famous ialah Farm Ville Cafe & Homestay yang terletak di Sekinchan, Selangor.

Farm Ville Cafe & Homestay
Farm Ville Cafe & Homestay

Daerah Sekinchan memang terkenal dengan ladang sawahnya yang terbentang luas dan tersusun. Ini memberi kelebihan kepada Farm Ville Cafe & Homestay untuk menarik pengunjung dan pelawat menginap di sini.

Sekinchan paddy's field
Pemandangan ladang sawah di sepanjang jalan di Sekinchan

Farm Ville Cafe & Homestay dibangunkan dengan menggunakan kabin kontena yang disusun bertingkat-tingkat. Tidur di dalam kontena ini memberi kami satu pengalaman yang baru buat saya dan famili. Jom kita tengok apa yang menarik (dan yang kurang) di Farm Ville Cafe & Homestay ini.

Susunan kabin kontena yang di jadikan homestay

Pendaftaran Bilik

Tempahan boleh dibuat secara online melalui laman web Farm Ville Cafe & Homestay. Proses check-in dan check-out sangat ringkas dan cepat.

Kaunter check-in/check-out

Bilik kami, Fifth Room, terletak di bahagian bawah. Bilik ini menempatkan 2 katil bersaiz king dan 1 katil single, cukup untuk kami 5 orang dewasa dan seorang kanak-kanak dengan kadar sewa RM218/malam. Bilik ini juga dilengkapi dengan 2 unit penghawa dingin dan 1 kipas dinding. Perkhidmatan Wi-Fi juga disediakan tapi kelajuannya macam siput 🐌.

Farm Ville family room
Bilik Fifth Room menempatkan 2 katil bersaiz king dan 1 katil single

Bilik airnya juga selesa untuk bilik bersaiz kabin. Keperluan mandian seperti shampoo badan dan rambut juga disediakan. Bilik airnya juga dilengkapi dengan hot shower.

Farm Ville bathroom
Bilik air privasi

Perlu diingatkan bahawa semua bilik di sini tiada disediakan TV, diulangi tiada TV. Tiada kabinet baju dan peti sejuk. Yang ada hanya hair dryer. Bilik Fifth Room ni agak luas juga. Selesa juga kalau nak duduk berlonggok atas lantai.

Farm Ville Room facility
Tuala mandi disediakan tetapi hanya 3 helai sahaja.

Kalau ingin menonton TV, boleh pergi ke ruang rehat di kabin kaunter masuk.

Farm-ville-TV-room
Ruang menonton TV
Farm Ville rest area
Ruang rehat

Aras Atas

Aras atas disediakan sedikit ruang rehat dengan menempatkan bangku dan meja.

Bilik kabin aras atas.
Ruang legar di tingkat atas
Ruang legar di aras atas.

Aktiviti Di Farm Ville

Dihadapan bilik kami sepatutnya ada kafe. Tapi dimaklumkan kafe dah ditutup. Oh by the way, sarapan pagi tidak disediakan. Jadi terpaksalah memandu keluar untuk mencari kedai makan. Namun jangan risau, ada banyak kedai makan halal yang berdekatan.

Saya cadangkan dah boleh tukar nama tempat ni, Farm Ville Cafe & Homestay 🙄.

Trampolin

Ruang legar depan bilik kami diletakkan trampolin gergasi. Disediakan juga bangku dan meja makan. Di sini boleh juga kalau nak buat barbeque.

Trampolin di ruang legar bawah

Kolam Mandi

Kolam mandinya tidaklah besar mana dan sesuai untuk kanak-kanak (mak ayah nak join pun muat 😁). Tuala mandi tidak disediakan, jadi kena bawa tuala mandi siap-siap dari bilik.

Kolam mandi yang terletak diantara cabin
Kolam mandi Farm Ville
Sambil menunggu anak-anak mandi kolam, mak ayah boleh duduk rehat di bangku yang disediakan berdekatan dengan kolam.
Waiting area farm ville
Atau di sini.

Pantri

Farm Ville pantry
Pantri

Pantri untuk kegunaan ramai, terletak di belakang kolam mandi. Di pantri ini disediakan kemudahan seperti microwave, water dispenser (panas/sejuk) dan fridge untuk dikongsi pengunjung. Jadi, faham-faham saja lah ya.

Aktiviti Berbasikal dan Buggy

Pengunjung boleh menyewa basikal atau buggy, mengelilingi kawasan sawah padi yang luas. Saya tak pasti kadar sewa untuk basikal, tapi sewa buggy ialah RM50/jam dan dipandu sendiri.

Buggy dan basikal yang boleh disewa

Pemandangan di sekitar sawah padi Sekinchan diwaktu pagi sangat indah dan menarik. Disamping dapat menghirup udara pagi yang segar, kita disajikan lagi dengan keindahan matahari terbit dan langit yang membiru.

Sunrise at farm Ville sekinchan
Pemandangan waktu pagi dari atas kabin.
Sekinchan paddy's field sunrise
Panorama waktu matahari sedang naik.
Farm Ville blue skies
Panorama waktu pagi di ladang sawah Sekinchan.

Ruang Santai

Di aras atas ada 2 ruang santai. Boleh juga kalau nak berkelah di atas sambil melayan angin sawah.

Berehat sambil menikmati pemandangan sawah padi

Pemandangan dari atas dek ni memang cantik. Terasa tenang dan breathtaking. Pada yang terbawa kayu golf dalam bonet tu boleh juga lepaskan gian disini 😁.

Mini golf field farm ville
Mini padang golf

Check out my review of Farm Ville Cafe & Homestay on Google Maps here.

Lokasi

*Nota: Maklumat di atas adalah dari pengalaman saya sendiri. Setiap foto adalah hakcipta terpelihara. Penilaian (review) dibuat tanpa dipengaruhi oleh pihak ketiga.