Tanjong Puteri Golf Resort Johor Bahru

Bandar Pasir Gudang terletak lebih kurang 25km dari bandar Johor Bahru. Di sini tidak kurang juga mempunyai tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi. Antaranya seperti Muzium Layang-Layang, Sarang Buaya Tanjung Langsat, Bazar Karat dan yang paling popular ialah makanan lautnya seperti di Pasir Putih dan Kong Kong.

Restoran Seafood Sri Pantai di Pasir Putih, Pasir Gudang.

Namun apa yang saya ingin kongsikan di sini ialah tempat penginapan di Pasir Gudang sekiranya datang bersama keluarga yang besar. Setelah puas ber’nego‘ dengan Uncle Google, akhirnya jumpa juga penginapan yang boleh memuatkan kami seramai 6 orang. Lokasinya ialah Tanjong Puteri Resort.

Tanjong Puteri Golf Resort main entrance
Pintu gerbang masuk ke Tanjong Puteri Resort
Tanjong Puteri Golf Resort Lobby
Lobi di bangunan utama. Kebetulan waktu ini ialah perayaan Deepavali.

Saya menempah villa 3 bilik melalui aplikasi Agoda dengan kadar RM388/malam. Villa yang saya tempah ni sebenarnya villa standard 4 bilik. Oleh kerana saya hanya perlukan 3 bilik, jadi pihak resort locked 1 bilik. Jom tengok keadaan, suasana dan kemudahan yang ada di Tanjong Puteri Resort ini.

Pemandangan hadapan bangunan utama Tanjong Puteri Golf Resort

Villa No. 235, Tanjong Puteri Golf Resort

Menyusuri masuk ke villa ini disajikan dengan pemandangan padang golf yang menghijau. Hmmm… 😌 terasa tenang dan nyamannya menghirup udara segar di sini.

Tanjong Puteri Golf
Pemandangan padang golf

Jalan masuk ke residen villa ini perlu melalui post kawalan keselamatan. Hanya kenderaan yang mempunyai pelekat sahaja dibenarkan masuk. Dari segi isu kawalan keselamatan di sini bagi saya amat memuaskan. Begitu juga dengan layanan kakitangan resort ini. Setiap permintaan dilayan dengan mesra dan profesional.

Tanjong Puteri Golf Resort Villa
Pemandangan jalan dan sekitar kawasan villa
Tanjong Puteri Golf Resort Villa house
Villa no. 235

Laman di sekeliling villa ini sangat luas. Sesuai kalau nak buat famili gathering atau majlis barbeque.

Aras Bawah

Ruang Tamu

Tanjong Puteri Resort Villa - living room
Ruang tamu utama

Susunan perabot yang ringkas dan tak berserabut menampakkan lagi keluasan ruang tamu ini yang sememangnya dah luas. Kemudahan WiFi dan Astro juga disediakan.

Bilik Tamu Bawah

Tanjong Puteri Resort Villa - Guest room
Bilik tamu bawah

Bilik tamu bawah dilengkapi dengan 2 katil bujang serta built-in kabinet. Kepada pengunjung yang membawa bersama mereka orang tua yang uzur, dinasihatkan supaya mohon dapatkan bilik bawah semasa membuat tempahan.

Tanjong Puteri Golf Resort - bathroom
Bilik air aras bawah

Ruang Makan

Ruang makan disediakan set meja makan dengan 8 kerusi. (Maaf gambar dah ter’delete‘ 🙇‍♂️).

Dapur

Tanjong Puteri Golf Resort - villa kitchen
Dapur

Di ruangan dapur dilengkapi dengan set meja makan 6 kerusi, peti sejuk, penapis air minuman dan cawan. Dapur masak tidak disediakan kerana di sini tidak dibenarkan masak. Satu lagi, durian dan manggis juga tidak dibenarkan dibawa masuk ke villa (eh… Kenapa manggis pun tak boleh???).

Bilik Utiliti

Bilik utiliti ini bersebelahan dengan dapur. Bilik ini hanya ada ampaian baju dan stor peralatan bersih.

Bilik utiliti

Aras Atas

Aras atas mempunyai 3 bilik tidur, ruang tamu dan balkoni.

Tanjong Puteri Golf Resort - Interior Villa
Tangga ke aras 2

Ruang Tamu Atas

Tanjong Puteri Golf Resort - Living Room Upstairs
Ruang tamu tingkat atas

Ruang tamu tingkat atas dilengkapi dengan 1 sofa bed, 2 bean bag, TV dan 1 meja kopi. AP (Access Point) untuk WiFi juga disediakan di tingkat atas. Hadapan ruang tamu ini juga laluan ke balkoni belakang.

Pemandangan dari balkoni tingkat atas yang mengadap bahagian belakang rumah.

Bilik Tidur Utama

Tanjong Puteri Golf Resort Villa - Master bedroom
Bilik tidur utama

Bilik tidur utamanya agak luas. Dilengkapi dengan 1 katil bersaiz king, kabinet baju dan bilik air.

Bilik Tidur 2

Bilik tidur 2 mempunyai 2 katil bujang, kabinet baju dan meja belajar. Kesemua bilik-bilik dipasang penghawa dingin dan juga kipas siling.

Tanjong Puteri Golf Resort - bedroom

Setiap bilik ada bilik air kecuali bilik aras bawah (bilik air luar bilik).

Pemandangan luar dari bilik tidur 2

Kemudahan Lain

Jom tengok kemudahan yang ada yang sempat saya explore di Tanjong Puteri Golf Resort ni.

Kolam Mandi

Kolam mandi terletak di bangunan utama resort. Kita boleh menggunakan perkhidmatan buggy atau memandu sendiri ke sana.

Golf buggy
Perkhidmatan buggy disediakan secara percuma

Ada 2 kolam mandi disediakan iaitu kolam mandi untuk kanak-kanak dan kolam renang dewasa.

Tanjong Puteri Golf Resort - swimming pool
Kolam mandi untuk kanak-kanak. Di sebelah kanannya kolam untuk orang dewasa.

Tuala mandi disediakan tetapi perlu pamerkan pas resort semasa di kaunter masuk untuk mengambilnya. Hanya pakaian mandi yang sesuai sahaja dibenarkan.

Kolam mandi untuk kanak-kanak

Taman Permainan Kanak-kanak

Berhadapan kolam mandi ini ada taman permainan kanak-kanak.

Taman permainan kanak-kanak berhadapan dengan kolam mandi.

Bersebelahan taman ini pula ada gelanggang tenis. Tapi keadaannya seperti kurang terurus.

Sukan Dan Rekreasi

Tanjong Puteri Golf Resort recreation indoor
Pintu masuk ke pusat rekreasi dan kolam renang

Selain dari aktiviti outdoor, kemudahan aktiviti indoor juga ada disediakan seperti boling, billiard, karom, chess dan permainan kanak-kanak.

Tanjong Puteri Golf Resort indoor recreation
Ruang permainan untuk kanak-kanak

Cafe

Tanjong Puteri Golf Resort Cafe
Cafe di bangunan utama
Tanjong Puteri Golf Resort Golfer
Pendaftaran dan bilik persalinan untuk para golfer.
Kasi family shot dulu sebelum checkout 🤗

My Review

Check out my review of Tanjong Puteri Resort on Google Maps here.

Lokasi Tanjong Puteri Resort, Johor Bahru

*Nota: Maklumat di atas adalah dari pengalaman saya sendiri. Setiap foto adalah hakcipta terpelihara. Penilaian (review) dibuat tanpa dipengaruhi oleh pihak ketiga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *