Keunikan Rodamo Butik Cafe

Keunikan Rodamo Butik Cafe ini ditampilkan dengan suasana dekorasi dalaman kafenya yang sangat kreatif. Hidangan menunya juga menarik, ada western dan juga masakan tempatan. Berkonsepkan santai, Kafe ini sangat sesuai untuk datang bersama rakan-rakan atau bersama keluarga. Ruang makan boleh pilih samada di luar (outdoor) atau yang berhawa dingin (indoor).

Rodamo Butik cafe
Pintu masuk Radoma Butik Cafe. Bersebelahan kafe ini ialah butik tudung, pemilik yang sama.

Ruangan Dalaman Kafe

Tempat makan di ruangan dalam Kafe ini memang unik. Ada ruang makan duduk bersila ala-ala Jepun (siap bantal lagi disediakan, dah kenyang boleh tidur 😄), atau duduk makan atas ‘tong’ atau makan di sofa. Suasana bertambah menarik dengan berlatarbelakangkan muzik yang menenangkan dan tidak mengganggu semasa kita bersembang.

Rodamo Butik cafe - meja makan bersila
Bahagian ruang makan duduk bersila
Rodamo Butik cafe - indoor
Ruang dalam yang santai dan kreatif.
Rodamo Butik cafe - outdoor
Kaunter dan ruang makan bahagian luar

Menu Apa Yang Best Di Sini?

Ok sampai kita ke bahagian paling menarik iaitu menu di Rodamo Butik Cafe ini. Kafe ini menyajikan 3 set menu utama di dalam dulang iaitu:

  • Dulang Infinity (Aglio Olio, Chicken Wings, French Fries, Wedges, Meatballs, Chicken Sausage Dan Chicken Nugget).
  • Dulang Immortal (Butter Chicken, Nasi, Fried Egg, Chicken Wings dan Fry Crackers).
Rodamo Butik Cafe Western Food Dulang Immortal
Dulang Immortal
  • Dulang Koyyen (Ramen Spicy, Ramen Carbonara, Chicken Wings dan French Fries).

Kesemua hidangan dulang di atas adalah untuk hidangan 2 – 3 orang dan setiap dulang berharga RM29.00 dan didatangkan dengan segelas air percuma. Saya dah cuba Dulang Infinity dan Dulang Immortal, kedua-duanya memang best.

Selain daripada hidangan dulang, ada juga menu lain disediakan seperti Korean Ramen, Nasi Goreng Alpha (RM6.90), Mee Goreng Boom Clap (RM6.90), Cheezy Fries Leleh (RM5.90), Captain Fish and Chips (RM11.90), Chicken Wink Wink (RM8.90) dan banyak lagi. Favorite saya ialah Mee Goreng Boom Clap dan Cheezy Fries Leleh untuk anak saya. Brownies pun ada. Pilihan minumannya juga banyak, ada yang panas dan sejuk.

Rodamo Butik Cafe - Mee Goreng Boom Clap, Cheezy Fries Leleh
Mee Goreng Boom Clap dan Cheezy Fries Leleh

Perkhidmatan Pelanggan

Sepertimana suasana kafe ini, servis kakitangannya juga sangat memuaskan. Mesra dan penghantarannya cepat walaupun waktu kunjungan saya ke sini, meja makan hampir penuh. Suatu ketika pekerja tersalah hantar order, mereka cepat ambil tindakan dan sebagai tanda maaf, kami diberi ais krim percuma 😁.

Rodamo Butik Cafe ice cream
Yehhh… Dapat ais krim percuma 😋

Bersebelahan kafe ini ialah butik tudung. Saya difahamkan butik tudung ini ialah pemilik yang sama. Dah kenyang makan bolehlah belek-belek tudung bagi orang perempuan.

Butik tudung Rodamo Cafe
Butik tudung Rodamo Cafe

Parking di sini agak mencabar tapi bukan masalah besar asalkan sanggup berjalan sedikit. Nasib-nasib kalau dapat parking depan kedai.

My Review

Check out myreview of Rodamo Butik & Kafe on Google Maps here.

Waktu Perniagaan

Rodamo Butik Cafe dibuka dari Isnin hingga Sabtu bermula dari jam 12:00 pm – 10:00 pm. Ahad tutup.

Lokasi Rodamo Butik Cafe:

Rodamo Butik cafe

Selain dari Rodamo Butik Cafe, mungkin anda boleh cuba Kafe Eat & Repeat, yang tidak jauh dari sini. Ikuti review saya mengenai Kafe Eat & Repeat di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *