Mee Besen Original Melaka

Pertama kali dengar nama Restoran Mee Besen Original Melaka ini, saya terbayang makan mee dalam besen plastik (yang biasa guna untuk rendam baju) dan makan secara beramaiยฒ ๐Ÿ˜„. Bunyi macam pelik, & memang tak lalu lah tekak ni. Jadi, untuk mengetahui dan merasai sendiri keunikan Mee Besen ini, saya telah berkunjung ke Restoran Mee Besen Original ini yang terletak di Durian Daun, Melaka.

Nak mencari tempat ni tak susah kalau guna Waze atau Google Maps, tapi simpang di lampu isyarat nak masuk ke restoran ni agak mengelirukan. Tersesat jugalah saya pertama kali datang ke sini ๐Ÿ™‡.

Mee Besen shop lot
Hadapan Restoran Mee Besen

Kebetulan saya sampai di sini masih terlalu awal, lebih kurang 5:30PM, jadi keadaan tidak terlalu sibuk. Meja makan pun banyak yang kosong, Alhamdulillah. Waktu operasi kedai ni bermula dari 3:30PM sampai 10:00PM, Isnin tutup.

Jom kita gingau (tinjau) apa yang menarik di sini.

Keadaan Dalam Restoran

Kaunter Mee Besen
Kaunter hadapan

Keadaan dalam restoran nampak bersih. Perkhidmatan yang disediakan juga cepat. Cuma kemudahan bilik air kurang memuaskan (tandas rosak).

Ruang dalam restoran Mee Besen
Ruang makan

Setiap hidangan didatangkan dengan besen dan talam mengikut saiz iaitu Small, Medium, Super Big dan talam Western.

Saiz besen restoran mee besen
Inilah rupa besen sebenarnya
Dulang
Hah, yang ini bukan besen ya. Dulang ni hanya untuk perhiasan dinding sahaja ๐Ÿ˜„

Menu Mee Besen

Ada 3 pilihan mee iaitu Mee Soya, Mee Kuning, Mee Hun dan Kuew Tiaw. Pilihan mee akan dicampurkan dengan sup beserta sayur, taugeh, fish ball dan daging ayam. Sup dia yang buat rasa ‘wow’.

Harga Mee Besen adalah seperti berikut:
Mee Besen saiz S (2-3 orang) RM8
Mee Besen saiz M (3-4 orang) RM12
Mee Besen saiz Super Big (5-6 orang) RM17
Mee Besen saiz Jumbo (8-20 orang) RM32
Tambahan Sup Daging RM4

Mee Besen sup mee soya
Mee besen saiz S

Pilihan saya ialah Mee Soya. Nak order Mee Soya ni kena sabar sikit sebab mee soya ni lambat dimasak.

Mee Besen soya
Mee Soya

Mangkuk kecil, sudu dan garfu disediakan di depan kaunter dan sila layan diri.

Selain dari Mee Sup, menu Western juga ada di sini yang dihidangkan didalam talam.

Senarai harga menu western:
Talam Western Mini RM17.50
Talam Western RM35
Talam Dua Muka RM45

Mee Besen western
Talam Western Mini

Boleh tahan sedap juga makanan Western di sini.

Makanan bergoreng juga ada seperti:
Nasi Goreng Lambak Kambing RM28
Nasi Goreng Lambak Seafood RM28
(kedua menu di atas untuk 4 orang)

Shellout 2 pack RM45
Shellout 4 pack RM90
Nasi Goreng Ayam seekor RM35

Menu desserts dan minumannya banyak pilihan sampai pening nak pilih ๐Ÿ™†. Ada Mangga Susu Mendongak, air buah, Chocolate Candy, White Coffee, Cappuccino, Rebena Soda Laici dan banyak lagi. Harga minuman dari RM3.50 hingga RM10.90.

Mee Besen drink bandung soda float
Bandung Soda Float

Check out my review of Mee Besen Original on Google Maps here.

Lokasi Restoran Mee Besen:

Selain dari Restoran Mee Besen, kalau nak merasa sate warisan yang famous di Melaka, boleh cuba Sate Kg. Jawa.

*Nota: Maklumat di atas adalah dari pengalaman saya sendiri. Setiap foto adalah hakcipta terpelihara. Penilaian (review) dibuat tanpa dipengaruhi oleh pihak ketiga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *