Taman Rekreasi Bukit Jalil | Kembara Infrared IV

Destinasi Kembara Infrared IV kali ini saya memilih Taman Rekreasi Bukit Jalil. Bagi warga lembah kelang, Taman Rekreasi Bukit Jalil sudah tidak asing lagi sebagai lokasi pilihan untuk aktiviti rekreasi & riadah. Berbagai² kemudahan disediakan di sini seperti padang permainan kanak², trek jogging, peralatan senaman (outdoor), reflexology, taman bunga, tasik, kolam, hutan kecil & rumah/ laman antarabangsa.

Taman ini meliputi kawasan seluas 80 hektar dengan geografinya bercerun & berbukit. Semput jugalah nak pusing satu taman 😅.

Jom lihat apa yang menarik di Taman Rekreasi Bukit Jalil ini. Foto² yang saya paparkan adalah dalam mode infrared. Untuk pengenalan mengenai fotografi infrared, boleh rujuk entri awal blog saya disini.

Rumah Antarabangsa

Antara yang menjadi tumpuan di sini ialah taman mini antarabangsa atau dipanggil ‘Rumah Antarabangsa’. Taman ini dibina replika rumah & taman berkonsepkan dari 10 buah negara. Bagi peminat² fotografi, memang sangat menarik untuk dijadikan prop penggambaran.

Taman England

Taman England
Mini Taman England

Mini Taman England, sesuai dijadikan set lokasi untuk wedding photoshoot.

Rumah Kincir Angin Belanda

Windmill Holland garden
Taman Belanda
Windmill Holland garden
Rumah Kincir Angin Belanda

Replika rumah kincir angin Belanda yang unik. Waktu saya datang ke sini, banyak peralatan rumah ini yang rosak. Namun persekitaran di taman ini tetap menarik & terjaga.

Rumah Jepun

Japanese garden
Rumah Jepun

Rumah Jepun atau dikenali juga dengan nama ‘Tea House‘. Saya selalu jadikan rumah pondok ini tempat saya melepaskan lelah setiap kali selepas berjoging. Dikelilingi pokok buluh Jepun, terasa redup & nyaman.

Rumah China

Chine temple garden
Rumah China

Bersambung dengan jambatan kecil dari Rumah Jepun ialah Rumah China. Di hadapan laman Rumah China ini sering diadakan senaman tai chi. Sesiapa sahaja boleh join.

Rumah Malaysia

Malay traditional house
Rumah Malaysia

Replika rumah Malaysia ini kadang² menjadi pilihan untuk dijadikan lokasi majlis perkahwinan. Saya pernah mendapat jemputan menghadiri satu majlis di sini. Bahagian rumah ini hanya ada bahagian serambi sahaja yang biasanya dibuat pentas pelamin.

Taman Iran

Iran garden
Taman Iran

Dihiasi dengan mini air terjun & jubin yang berbagai corak. Tapi sayangnya banyak bahan yang dah rosak & tidak lagi berfungsi.

Rumah Thailand

Thailand
Rumah Thailand

Ada pelawat yang jadikan rumah Thailand ini sebagai tempat aktiviti yoga. Mungkin kerana suasananya yang redup & tenang.

Rumah Indonesia

Bali house Indonesia
Rumah Indonesia

Monumen Rumah Indonesia ini dibina & didekorasi mengikut konsep Bali.

Ada dua lagi rumah yang saya tidak sempat ambil gambar, iaitu Rumah Peru & Rumah Kanada 😔

Taman Rekreasi & Alam Semulajadi

Selain dari monumen Rumah Antarabangsa, Taman Rekreasi Bukit Jalil juga terkenal dengan tempat rekreasi & landskap alam yang menarik. Setiap hujung minggu pasti akan dipenuhi pengunjung samada datang bersendirian atau bersama keluarga dengan tujuan masing².

Taman Bukit Jalil landscape
Sungai buatan. Di sini adalah kawasan larangan memancing. Namun pengunjung boleh memberi makan ikan² & kura-kura di sungai ini. Hati² kerana kera 🐒 pun banyak juga.
Bukit Jalil pond
Kolam bertingkat. Nyaman duduk di sini sambil mendengar deruan air yang mengalir 😌.
Palm trees
Laluan pejalan kaki & jogging.
Red trees
Disepanjang laluan disediakan bangku untuk berehat. Kemudahan awam seperti tandas juga ada disediakan.

Lokasi Taman Rekreasi Bukit Jalil:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *