Travelog Chennai

Hasrat di hati ingin merasa naik keretapi dari Delhi ke Chennai tak kesampaian setelah dimaklumkan perjalanannya mengambil masa selama 1 hari 1 jam 😞. Jadi saya ambil penerbangan sahaja dari Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi ke Lapangan Terbang Chennai, lebih kurang 2 jam penerbangan. Ikuti seterusnya travelog saya sepanjang berada di Chennai.

Chennai Airport
Lapangan Terbang Chennai

Sebenarnya saya short trip ke Chennai. Namun begitu, saya kongsikan serba sedikit pengalaman & tempat² yang saya sempat lawati yang mungkin dapat memberi sedikit panduan untuk mereka yang ingin datang ke Chennai.

Penginapan Di Chennai

Di Chennai, saya menginap di The Raintree Hotel Anna Salai, 20 minit memandu dari Lapangan Terbang Chennai. Saya tak sempat explore hotel ini sebab masa yang singkat.

The Raintree Hotel Anna Salai Room
Bilik hotel The Raintree Hotel Anna Salai
The Raintree Hotel Anna Salai room's view
Pemandangan dari bilik hotel

Perkhidmatan hotel ini memang terbaik, kakitangan yang ramah & tindakan segera tatkala kita perlukan bantuan. Di sini banyak info yang saya perolehi mengenai makanan tempatan daripada chef² & kakitangan hotel yang sentiasa peramah. Tak banyak bezanya dengan masakan kaum india di Malaysia.

The Raintree Hotel Anna Salai dining area
Dewan makan The Raintree Hotel Anna Salai

Check out my review of The Raintree, Anna Salai on Google Maps.

Nak makan kat mana?

Hah, soalan yang sering buatkan kita pening nak jawab tak kira dimana 😆. Di sini tak ada masalah untuk mencari kedai makan halal. Saya telah dibawa oleh salah seorang sahabat tempatan ke sebuah restoran nasi biriyani berstatus halal yang katanya famous di Chennai. Nama restoran ini Dindigul Thalappakatti Restaurant.

Dindigul Thalappakatti Restaurant, Chennai, India
Restoran Dindigul Thalappakatti, Chennai.

Antara menu yang disediakan ialah mutton/ chicken biriyani, aatukal soup, sharwana kebab, thalappakatti paya & banyak lagi. Dia punya rempah kari kaw² power sampai ke dalam perut terasa panas. Tapi memang sedap.

Restoran Dindigul Thalappakatti

Persekitaran restoran ini juga bersih. Seperkara yang saya nak nasihatkan, janganlah marah pekerja di sini kalau makanan yang kita order lambat sampai. Seeloknya panggil & cakap baik² dengan mereka. Andainya boss mereka ternampak pekerjanya dimarahi oleh pelanggan, ada kemungkinan pekerja tersebut akan diberhentikan. Sedia maklum populasi penduduk di sini terlalu ramai & peluang pekerjaan amat terhad.

Saya juga dimaklumkan restoran ini sudah buka cawangannya di Kuala Lumpur.

Restoran Dindigul Thalappakatti KL branch
Restoran Dindigul Thalappakatti cawangan Kuala Lumpur

Auto Rickshaw @ Tuk Tuk

Jika di Thailand terkenal dengan kenderaan awam bermotor yang dipanggil ‘tuk tuk’, di sini mereka panggil ‘Auto Rickshaw’ atau ‘Auto’. Auto in adalah antara pengangkutan awam paling popular di India. Mulanya ingin juga mencuba naik Auto ni tapi bila tengok ridernya bawa ala² stuntman, terasa cuak lah pulak 😆. Kebetulan waktu saya di sini, keadaan cuaca sedang dilanda jerebu dengan kadar IPU (Indeks Pencemaran Udara) yang agak tinggi.

Public transport in India - Auto Rickshaw
Auto Rickshaw

Chennai Tumpuan Shopping

Sebenarnya saya bukanlah kaki shopping. Tapi tak lengkap kalau dah sampai Chennai ni tak pergi shopping sebab orang kata barang² berjenama di sini murah² belaka terutama barangan kulit. Salah satu shopping mall yang saya kunjungi ialah Express Avenue Club House Road Royapettah. Memang rambang mata kalau datang sini. Rata² harga barangan yang ditawarkan adalah dari 50% – 60% murah berbanding di Malaysia. Yang bagusnya, hampir semua kedai di sini terima nilai Ringgit Malaysia (RM). Mereka akan tolong siap² convert RM dengan matawang mereka. Mudahnya bershopping 😁

Tu dia… bersusun saree

Di Chennai terkenal dengan kedai² yang menjual saree. Macam pelik la pulak kan orang lelaki bercerita pasal saree 😀. Sebenarnya saya cari saree ni untuk orang rumah & ahli keluarga sebagai ole². Bukannya selalu datang Chennai ni kan 😁. Memang cantik² saree di sini dengan pelbagai corak & kualiti. Harganya pun murah kalau dibandingkan dengan harga di Malaysia.

Deretan lot kedai kaki lima pada waktu malam

Selain shopping mall, terdapat juga kedai² kaki lima yang menjual pelbagai barangan. Lebih kurang macam Jalan Masjid India atau Brickfileds.

Saya juga kebetulan bertemu dengan beberapa orang Malaysia di sini. kebanyakan mereka adalah peniaga yang membeli secara borong untuk dibawa balik & dijual di Malaysia. 

Nightlife @ Cyber Hub, Gurugram, Haryana

Cyber Hub, Gurugram, Haryana, Chennai, India
Cyber Hub, Gurugram, Haryana

Cyber Hub, Gurugram, Haryana ini kira macam uptown city. Nak masuk kawasan sini terpaksa melalui kawalan keselamatan yang ketat (body scan). Ada banyak restoran di sini tetapi kena berhati² mencari restoran halal. Setelah puas bertanya disetiap restoran, akhirnya saya pilih restoran Nando’s aje. Kebetulan pemilik restoran ini adalah seorang muslim yang berasal dari negara timur tengah.

Asalkan halal… 😁

Alhamdulillah… Perut dah kenyang, badan pun dah letih. Maklumlah seharian berjalan… Tibalah masa untuk merehatkan badan & bersedia untuk perjalanan yang seterusnya…

Ikuti travelog saya yang seterusnya iaitu, Travelog Taj Mahal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *