Kafe Eat & Repeat

Tekak ni terasa nak makan macam² tapi dah tengah bulan. Anak² pun minta ‘order‘ macam². Hah! Jangan risau. Jom kita ke Kafe Eat & Repeat, makan sampai kenyang 😮.

Berkonsepkan seperti restoran Boat Noodles, tetapi ianya lebih kepada menu masakan tempatan. Harganya pun murah dimana semua hidangan hanya RM1.90 semangkuk.

Dengan ekonomi yang tidak menentu, harga barang makan semua naik, Kafe Eat & Repeat memberi peluang kepada orang ramai merasai pelbagai menu dengan bajet yang kecil.

Kafe Eat & Repeat Shah Alam

Kebetulan saya & famili ada urusan di sekitar Shah Alam, jadi kami putuskan untuk lunch di Kafe Eat & Repeat di sini. Saya dapati kebanyakan pengunjung di sini adalah rata²nya terdiri daripada pelajar². Mungkin lokasinya berdekatan dengan kampus UiTM & pelajar² yang menyewa rumah disekitarnya.

Menu Kafe Eat & Repeat

Boleh tahan juga menu yang disajikan di Kafe Eat & Repeat ini. Ada Nasi Putih Ayam Cincang, Nasi Goreng Cina, Mee Kari,Mee Bandung, Mee Hailam, Laksa Utara, Soto, Lontong, Rojak Petis, murtabak & banyak lagi. Kalau ingin yang berat sedikit, boleh order Nasi Ayam Penyet dengan harga RM6.90.

Menu Kafe Eat & Repeat
Aneka menu dalam hidangan mangkuk

Rasanya bolehlah tahan (dah namanya pun restoran bajet kan 😉).

Minuman seperti kordial (sarsi/mangga/anggur), sirap selasih, teh/kopi ‘O’ didatangkan dengan harga RM1.90 juga. Hanya sirap bandung & kopi susu cincau RM2.90, manakala air suam RM0.30.

Kafe Eat & Repeat drink
Saiz gelas untuk minuman
Kafe Eat & Repeat bowl
Bertingkat² mangkuk… 😆

Dah kenyang, mestilah nak dessert kan 😋? Pengunjung boleh menikmati dessert seperti Pulut Mangga, Sagu Gula Melaka, Brownies + Ais Krim & Ais Krim Kuah Kopi juga dengan harga RM1.90. Cuma Strawberi Scomes RM3.90.

Sagu gula melaka Kafe Eat & Repeat
Sagu Gula Melaka

Persekitaran Dalaman Kafe Eat & Repeat

Terletak di tengah² deretan rumah kedai, ruang dalaman kafe ini tidaklah begitu luas. Namun ianya bersih & selesa.

Inside Kafe Eat & Repeat
Ruang dalam Kafe Eat & Repeat

Berlatarbelakangkan muzik yang tidak terlalu kuat membuatkan kita rasa tenang menikmati juadah 😌 sambil bersembang.

Family lunch at Eat & Repeat
Alhamdulillah… Kenyang sudah 😋

Selain dari itu, perkhidmatannya juga cepat serta pekerja² yang ramah.

Happy Hour

Kalau nak jimat lagi, datanglah waktu ‘Happy Hour’ iaitu dari jam 3PM – 6PM, Isnin- Jumaat. Order 5 mangkuk dapat 1 percuma.

Cawangan Cafe Eat & Repeat

Selain di Shah Alam, Kafe ini juga mempunyai cawangan di Kuala Selangor, Bangi, Senawang, Melaka, Kuala Terengganu & Johor Bahru. Nanti saya nak cuba di Melaka pula.

Hadapan Cafe Eat & Repeat Shah Alam
Hadapan Cafe Eat & Repeat Shah Alam

Perkara Yang Kurang Memuaskan

Ÿ Oleh kerana Cafe ini terletak di lokasi yang agak sibuk iaitu di Seksyen 7, Shah Alam, agak mencabar juga nak mencari parking kereta terutama waktu puncak.
Ÿ Cafe Eat & Repeat ini adalah restoran tertutup. Tetapi pengemis asing & salesman dibiarkan bebas keluar masuk menjalankan aktiviti mereka.

Pintu masuk Cafe Eat & Repeat
Pintu masuk Cafe Eat & Repeat

Kepada yang ingin mencuba merasai Kafe Eat & Repeat, Shah Alam, boleh berkunjung ke alamat di bawah.

Alamat: YG24, Jalan Plunbum Y 7/Y, Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam Atau boleh lawat portal mereka di sini.

Check out my review of Kafe Eat & Repeat Shah Alam on Google Maps.

*Nota: Maklumat di atas adalah dari pengalaman saya sendiri. Setiap foto adalah hakcipta terpelihara. Penilaian (review) dibuat tanpa dipengaruhi oleh pihak ketiga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *