Bakat Muda Sezaman (BMS) 2019

Pada bulan Ogos 2019 yang lalu telah berlangsungnya pertandingan anugerah seni visual untuk para seniman muda negara anjuran Balai Seni Lukis Negara (BSLN). Pertandingan ini yang dinamakan Bakat Muda Sezaman (BMS) 2019 telah mengumpulkan karyawan² muda dari seluruh negara untuk mempamirkan idea & karya seni masing². BMS 2019 kini adalah edisi yang ke 25, menjadikannya pertandingan yang paling berprestij di rantau ini.

BMS - Lobi utama Balai Seni Lukis Negara
Lobi utama Balai Seni Lukis Negara

Setiap pameran seni di galeri ini membawa maksud yang tertentu. Kadang² susah juga untuk kita fahami bahasa orang seni ini. Sangat deep. Walau bagaimanapun, pameran ini menghadirkan sesuatu yang menarik untuk kita lihat & fahami maksud disebaliknya. Saya kongsikan di sini beberapa persembahan oleh karyawan² muda negara kita serta serba ringkas maksud yang saya cuba fahami.

Merbahaya

Bakat Muda Sezaman - Merbahaya
Merbahaya
Artis oleh Muhammad Shamin Sahrim & Kahirul Izzuddin Mohd Hiffni

Masih ingatkah lagi insiden kerusi pejabat dicampak dari tingkat atas rumah pangsa PPR hingga mengorbankan seorang remaja lelaki 15 tahun? Artis ini adalah saksi kepada kejadian tersebut. Beliau mendesak keperluan untuk keadaan perumahan yang lebih diingini dengan menanamkan sikap kesedaran awam. Ruang yang luas agar kanak² bebas bermain serta memberi keselesaan kepada penghuninya.

Drifting Panthom

Bakat Muda Sezaman - Drifting Panthom
Drifting Panthom
Artis oleh Kee Hooi San

Artis ini melahirkan kebimbangannya mengenai isu alam sekitar terutamanya pemusnahan ekosistem marin. Bahan pameran menggunakan seramik, pasir, cermin & jala ikan. Gabungan bahan² tersebut menggambarkan intipati perpaduan & keharmonian melalui idea pemasangan yang kreatif & halus ini.

YES

Bakat Muda Sezaman - YES
YES
Artis oleh Louise Low

‘Yes’ adalah pemasangan objek interaktif yang terdiri daripada beberapa patung bersaiz manusia yang berlutut dalam susunan rawak. Sesetengah orang mudah tunduk pada sistem yang dikenakan ke atas mereka. Menyerahkan diri mereka secara membuta tuli dengan mengatakan ‘YES’. ‘YES’ mempersoalkan isu secara individu dalam konteks sosial yang lebih luas & menggalakkan penonton untuk mempertimbangkan cara² di mana setiap & semua orang dikaitkan dengan masyarakat kita.

Seed

Bakat Muda Sezaman - Seed
Seed
Artis oleh Joy Ng Mei Lok

Bertemakan trauma zaman kanak² & kesannya, si artis memulakan perdamaian dengan masa lalu dalam usaha menebusnya dengan masa kini. Corak web dicipta di sekeliling siling & berkumpul menjadi seragam sekolah rendah yang melambangkan alam semesta dalam dunia kanak². ia juga bermakna pengasingan & yang tersembunyi dalam kegelapan. Batu pula menggambarkan bebanan emosi yang dibawa semasa zaman kanak².

The Witnesses

Bakat Muda Sezaman - The Witnesses
The Witnesses
Artis oleh Shahar A/L Koyok @ Shaq Koyok

Bahan² pameran ini adalah inspirasi artis daripada nasib rakyat & penduduk asal yang menghadapi kepupusan habitat semulajadi mereka akibat kemusnahan hutan dengan cara haram. Pemusnahan hutan bukan sahaja memusnahkan tanah penduduk asal tetapi juga kemusnahan warisan ekosistem. Si artis cuba menggambarkan komuniti penduduk asal yang trauma dengan pencerobohan yang memberi kesan besar kepada budaya & cara hidup mereka.

Awal – Akhir

Bakat Muda Sezaman - Awal - Akhir
Awal Akhir
Artis oleh Muhamad Effi Syafiq

Dalam persembahan ini, si artis ingin menyatakan jarak diantara Awal & Akhir. Bermaksud kehidupan kita ada awal & akhir di mana hanya Tuhan sahaja yang tahu rahsianya. Sebagai manusia biasa, setiap insan ada sifat tersendiri, idea, keinginan & impian. Beliau percaya keinginan & impian tidak akan terhenti sehingga manusia itu mati. Beliau cuba menggambarkan kehidupan secara umum dengan membina agregat rumah, dengan batu² penghalang yang begitu sesak. Ini seolah² ada sesuatu yang menghalang & menafikan kebahagiaan yang seharusnya ada.

Colour Rhythm

Bakat Muda Sezaman - Colour Rhythm
Colour Rhythm
Artis oleh Choo Yan Xin

Dengan menggunakan bahan seperti kain, dawai & airliner, Colour Rhythm mengubah kerja dua dimensi menjadi tiga dimensi. Penonton boleh memasuki ke alam ‘painting‘ dengan bergerak diantara warna, garisan & merasakan diri berdinamik & bertenaga.

Another Us

Bakat Muda Sezaman - Another Us
Another Us

Sains memberi kaedah untuk mengenalpasti asal-usul & sifat biologi kita. Kenalpasti bukan sekadar DNA, tetapi menggambarkan apa yang difikirkan & pilihan hidup, & bagaimana faktor luaran mempengaruhi kesesuaian dengan alam sekeliling yang membuatkan kita berbeza dengan yang lain. Melalui pameran bakteria ini, artis cuba mengeksplorasikan apa yang sains biologikal dapat membantu dalam konteks persoalan eksintensi mengenai kehidupan & alam. Bakteria merupakan flora normal di dalam tubuh badan manusia sepanjang generasi, membolehkan mereka juga mengalami pilihan diet, emosi & aktiviti manusia. Artis juga cuba membawa penonton ke perjalanan jauh yang lebih sofistikated, perhubungan manusia & bakteria dalam bekerja bersama & mempamerkan identiti.

The Bomoh in 4th Industrial Revolution

Bakat Muda Sezaman - Bomoh
Bomoh
Artis oleh Aiman Husin & Hawari Berahim

Dalam dunia teknologi yang semakin canggih, masih ada manusia yang kehilangan sifat kemanusiaannya. Persoalannya sekarang setakat mana kemudahan & kecekapan ruang siber melengkapi kita untuk masa kini & masa hadapan. Medan siber kini menjadi medan peperangan dalam menentukan siapa betul siapa salah, siapa juara dalam mendahului posting di sosial media. Malah setiap posting ada pengikut²nya. Mereka memberi inspirasi kepada orang ramai menjadi ‘bomoh’ yang kononnya dapat menyelesaikan masalah berdasarkan pengalaman mereka. Masing² hilang pertimbangan bila memberi komen, mudah membuat provokasi & menyinggung perasaan.

Evolusi Kotak Hitam

Bakat Muda Sezaman - Evolusi Kotak Hitam
Evolusi Kotak Hitam
Artis oleh Shafiq Nordin

Evolusi Kotak Hitam ini merupakan perspektif artis mengenai evolusi seni di Malaysia. Beliau ingin mengumpul segala bukti yang melibatkan artis² muda pada hari ini. Kotak hitam ini merakamkan segala temubual mengenai perjalanan & pengalaman mereka sebagai artis. Beliau percaya artis² muda ini pasti akan terus maju. Namun, untuk mencapai ke tahap evolusi yang lebih tinggi, masih banyak lagi cabaran yang perlu dihadapi. Artis muda perlu keluar dari gelaran ‘jaguh kampung’ & belajar dari pengalaman kejayaan & kegagalan artis² senior. Idea kotak hitam diharap akan menggesa penonton untuk berfikir masa depan seni di Malaysia seterusnya memberi galakan & sokongan kepada industri seni.

Normal?

Bakat Muda Sezaman - Natural
Normal?
Artis oleh Haris Rashid

Kita hidup dalam zaman di mana perkara² semula jadi dapat direplikasi dari sumber² yang tidak wajar. Kita sentiasa menolak sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan & mewujudkan sesuatu yang baru yang biasa & tidak biasa pada masa yang sama. Sesuatu yang dahulunya mustahil kini tidak lagi mustahil untuk dibuat dengan teknologi canggih masa kini, Persoalannya adakah kita menjadikan sesuatu yang baru itu sebagai normal?

Table Talk

Bakat Muda Sezaman - Table Talk
Table Talk
Artis oleh Tan Yi Ching

Komunikasi memainkan peranan yang besar dalam kehidupan kita. Kita bercakap, berkongsi pendapat, meluahkan perasaan & bersosial. Melalui komunikasi kita perolehi banyak maklumat & lebih mengenali seseorang. Dalam persembahan ini, si artis menggunakan cawan kopi & bunyi sebagai medium utama. Beliau telah merakamkan perbualan harian & memainkannya di dalam cawan² kopi tertentu. Alasan mengapa beliau menggunakan cawan kopi kerana kedai kopi sudah sinonim dengan rakyat tempatan sebagai tempat dimana orang ramai berkumpul, berbincang, bergosip, berpolitik, selain dari tempat makan & minum.

Delan

Bakat Muda Sezaman - Delan
Delan
Artis oleh Anwar Suhaimi

Terdapat persamaan dalam melihat arus air di dalam hutan, dengan suara yang kuat dan doa yang lembut serta dalam saat yang tenang ketika dua orang sahabat bertemu, bertukar cerita dengan menyatakan keinginan & kata² galakan. Si artis percaya antara kejadian ini, beliau dapat melihat saat² ketenangan.

Hamba Kayangan

Bakat Muda Sezaman - Hamba Kayangan
Hamba Kayangan
Artis oleh Haafiz Shahimi

Hamba Kayangan adalah ‘extended print work‘ yang menggabungkan beberapa kaedah berasaskan haba. Undang² termodinamik diterapkan dalam pembuatan seni cetakan & dikembangkan dengan lebih lanjut untuk digunakan dalam seni visual yang lain. Kerja² ini dibuat dengan menggabungkan beberapa teknik pyrography yang telah melalui beberapa eksperimen dari tahun 2010 hingga 2019. Teknik ini menggunakan percetakan pyrography (membuat cetak menggunakan plat besi yang dipotong menggunakan mesin pemotong plasma) untuk membentuk blok yang kemudian dipanaskan & digunakan pada kanvas.

Too Much, Not Enough

Bakat Muda Sezaman - Too much, not enough
Too Much, Not Enough
Artis oleh Wong Ming Hou

Hasil kerja artis ini adalah ingin melihat dari segi perspektif manusia & kehidupan semasa. Seseorang akan sentiasa menampilkan personaliti yang berbeza setiap kali berhadapan dengan orang yang berlainan. Apabila berada di dalam sosial media, perwatakan seseorang akan berubah daripada dirinya yang sebenar. Mereka takut untuk memberitahu diri mereka yang sebenar. Melihat kepada karya si artis, beliau ingin menyampaikan mesej bahawa ada dua lapisan wajah yang berlainan bentuk & warna bagi menggambarkan dua perwatakan yang berbeza.

River, Mountain, Sky

Bakat Muda Sezaman - River, Mountain, Sky
River, Mountain, Sky
Artis oleh Lee Mok Yee

Hasil karya artis ini terdiri daripada 8 ukiran kayu gabus berlatarbelakangkan jaring keselamatan pembinaan. Ideanya adalah untuk mencipta senario bonsai daripada bahan industri yang berlainan. Ukiran kayu gabus dibentukkan seolah² seperti pokok bonsai. Manakala jaring keselamatan menunjukkan lukisan landskap kaligrafi Cina.

The Parade of the Usungan

Bakat Muda Sezaman - The Parade of the Usungan
The Parade of the Usungan
Artis oleh Muhamad Bahiri Ahmad & Mohamad Faizuan Mat

Dalam kehidupan kita, sesuatu kejayaan sering disambut dengan simbol kegembiraan, harmoni, penyatuan, ikatan & kekuatan. Justeru itu, The Parade of the Usungan merupakan artikulasi kepada kejayaan & kegembiraan. Di Sarawak, Usungan merupakan tradisi yang berwarna-warni & dipaparkan pada musim cuti sekolah akhir tahun. Acara ini biasanya disambut bagi meraikan pelajar² yang sudah menamatkan pengajian Al-Quran. Secara tidak langsung ia memberi galakan kepada generasi selepasnya bersemangat untuk mengikut jejak langkah. Usungan datang dalam berbagai bentuk seperti kapal terbang, burung, ikan, bergantung kepada kreativiti si pembuatnya.

Meeting I

Bakat Muda Sezaman - Meeting
Meeting I
Artis oleh Mesita Jee Mei-Jane

Perkataan ‘Meeting‘ membawa maksud kepada pertemuan entiti yang berasingan seperti syurga & bumi, tubuh & minda, objek & pemerhati & sebagainya. Dua objek dihubungkan dengan tali dengan susun atur batu & cermin. Setiap objek memainkan peranan masing² dalam menyokong struktur tersebut. Perubahan salah satu objek akan merubah struktur secara keseluruhannya. Begitulah hubungkait kita dengan yang lain dalam kehidupan kita.

My Mercedes

Bakat Muda Sezaman - My Mercedes
My Mercedes
Artis oleh Leong How Yi

Masyarakat Cina mempunyai adat di mana wang & harta benda akan ditanam bersama simati. Adat ini telah diamalkan dari zaman dinasti Han. Namun semasa zaman dinasti Wei Jin, wang & harta benda sebenar ditukar kepada wang kertas & replika. Waris simati percaya bahawa mereka boleh berhubung dengan simati dengan cara begini. Melalui idea ini, si artis mengadunkan kertas kasar membentuk sebuah kereta tempatan iaitu Perodua Kancil. Beliau meletakkan logo kereta Mercedes supaya nampak lebih menarik. Beliau memilih model kereta kerana ianya komponen penting yang dapat menggerakkan kita ke sesuatu destinasi.

Let Me Tell You A Story

Bakat Muda Sezaman - Let Me Tell You A Story
Let Me Tell You A Story
Artis oleh Koo Yean Ni

Persembahan ini menggunakan tekstil untuk membuat penonton merasai & memahami karya si artis ini. Idea ini adalah inspirasi daripada perkara yang naif & berkualiti yang ditemui di dalam seni rakyat & kanak². Sejarah, tradisi & kebudayaan di terjemahkan didalam karya ini.

Geleri Merdeka

Koleksi Dato’ Yap Lim Sen

Selain daripada pameran karya anak² muda, dipamerkan juga antara hasil koleksi lukisan oleh tokoh seni negara iaitu Dato’ Yap Lim Sen. Oleh kerana bulan Ogos ini adalah bulan kemerdekaan, lukisan yang dipamerkan adalah berkaitan sejarah kemerdekaan & masyarakat majmuk.

Bakat Muda Sezaman - Wajah Pemimpin & Ahli Politik Negara
Wajah² Pemimpin & Ahli Politik Negara
Bakat Muda Sezaman - Lukisan tentang kebudayaan & masyarakat majmuk di Malaysia
Lukisan tentang kebudayaan & masyarakat majmuk di Malaysia

Leonardo Dan Vinci

Dipamerkan juga hasil lukisan artis antarabangsa yang tidak asing lagi iaitu Leonardo Da Vinci. Lukisan² beliau dipamerkan dalam bentuk HD.

Bakat Muda Sezaman - Karya lukisan Leonardo Da Vinci
Bakat Muda Sezaman - Karya lukisan Leonardo Da Vinci
Karya lukisan Leonardo Da Vinci

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *