Kellie’s Castle Berhantu?

Lady standing in front of Kellie's Castle

Benarkah Kellie’s Castle atau dikenali juga dengan nama Rumah Kellas ini ‘keras’ atau berhantu? Gabungan elemen percintaan, tragedi & mistik menjadikan Kellie’s Castle sesuatu yang menarik untuk dikunjungi. Samada sekadar untuk lawatan biasa mahupun ingin merasai perasaan berada dalam dunia paranormal, pastinya ia memberi satu pengalaman yang unik.

A beautiful architecture of Kellie's Castle
Kellie’s Castle walaupun separuh siap namun tetap tersergam

Ianya menjadi lebih menarik lagi apabila lokasi penggambaran filem box office, Munafik 2 arahan Syamsul Yusof dibuat di sini. Untuk merungkai misteri ini, jom ikuti saya jelajah istana usang ini yang kini sudah berusia lebih 100 tahun. Tiket masuk adalah RM5 untuk dewasa & RM3 untuk kanak², boleh beli terus di kaunter.

Bridge to Kellie's Castle
Jambatan yang menghubungkan Kellie’s Castle dengan jalan besar

Sejarah Pembinaan Kellie’s Castle

Mula dibina pada tahun 1910, oleh seorang peladang yang berasal dari negara Scotland iaitu William Kellie Smith. Uniknya pembinaan istana ini ialah ia menggunakan batu-bata yang dicantum dengan menggunakan putih telur itik, pasir, kapur, gula merah & madu. Tiada besi atau paku digunakan. Istana ini juga adalah yang pertama bakal menggunakan teknologi lift di tanah Melayu sekiranya siap.

Keunikan senibina Kellie's Castle
Keunikan senibina Kellie’s Castle

Pembinaannya berilhamkan Istana Moghul & Taj Mahal di India. Kesemua tenaga buruh dibawa masuk dari India. Namun hanya 70% sahaja bangunan ini sempat disiapkan apabila Smith meninggal dunia pada tahun 1926. Keadaan bertambah parah apabila pekerja²nya mati seorang demi seorang akibat jangkitan malaria.

Kellie’s Castle yang ingin dibangunkan oleh Smith ini adalah sebagai lambang cintanya kepada isterinya, Agnes. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Helen & Anthony. Setelah kematian Smith akibat pneumonia, Agnes telah pulang ke England kerana dikisahkan beliau tidak suka suasana di tanah Melayu. Anthony meninggal semasa perang dunia ke-II manakala Helen pula hilang tanpa berita.

Couple in front of Kellie's Castle
Pemandangan rumah lama (kiri) & istana baru (kanan)

Diceritakan juga bangunan ini pernah digunakan tentera Jepun sebagai tempat menyiksa & membunuh penduduk kampung. Ramai orang kampung yang terkorban waktu itu. Jadi, tidak hairanlah kalau dikatakan tempat ini ‘keras’ atau berhantu 😱.

Jom kita melawat apa yang ada dalam Kellie’s Castle ini.

Sebahagian dari ahli² rombongan di depan ❤️ Locks 😁

Tingkat Bawah Kellie’s Castle

Ruang Tamu

Kellie's Castle living area
Ruang tamu Kellie’s Castle

Ruang tamu ini merupakan interpretasi bagaimana ianya mungkin dihias ketika dahulu berdasarkan gambar² keluarga di Rumah Kellas. William Smith gemarkan perabot & kemasan, barangan perhiasan & gaya seni bina yang unik. Beliau juga gemar mengumpul koleksi seperti seramik China, permaidani parsi, cat air England beserta objek hiasan dari Eropah, India & Asia Tenggara.

A family group

Rumah Kellas

The original Kellas House
Rumah Kellas yang asal

Ini adalah rumah pertama Kellie Smith, dibina pada tahun 1905 yang diduduki bersama keluarganya. Sebahagian rumah ini telah runtuh di bom tentera Jepun semasa perang dunia ke-II.

Portrait of Kellie's Castle workers
Pekerja² Rumah Kellas

Ruang Makan

Kellie's Castle Dinding room
Ruang makan Rumah Kellas

Ini adalah ruang makan Kellie Smith bersama keluarganya. Terdapat lantai lama & baharu yang diperbaiki pada tahun 2003. Kelihatan juga seperti taman atau tempat rehat di luar ruang makan ini.

Dapur

Kellas House Kitchen
Ruang dapur Rumah Kellas

Dapur Kellie Smith. Kelihatan bekas oven yang diperbuat daripada batu.

Kuarters Pekerja Dapur

Kellie's Castle kitchen workers room
Bilik² untuk pekerja bahagian dapur

Bahagian ini merupakan bilik² pekerja bahagian dapur.

Perigi Lama

An old well at Kellie's Castle
Perigi lama yang mengandungi duit² lama di dalamnya

Perigi lama yang mengandungi duit² lama didalamnya. Tak pasti pula apa fungsi perigi ini.

Tingkat Dua Kellie’s Castle

Balkoni Serambi Berhantu

Balkoni serambi berhantu Kellie's Castle
Koridor serambi yang dikatakan berhantu

Dikatakan roh William Kellie Smith sentiasa berlegar² terutamanya sepanjang koridor ini bagi menjaga rumah agamnya. Sesekali saya terasa juga meremang bila berseorangan di sini.

A haunted balcony at Kellie's castle
Balkoni yang dikatakan berhantu

Terdapat sebuah kisah tentang sepasang suami isteri dari Kanada datang ke sini pada waktu malam untuk mengambil gambar kelawar 🦇. Selesai mengambil gambar di tengah malam, si isteri telah ternampak imej misteri seorang lelaki sedang berdiri sambil termenung ke luar tingkap.

Bilik Bacaan

A reading room of Kellie's Castle
Bilik bacaan Kellie Smith

Diceritakan bilik ini ada kedengaran seperti sebuah majlis sedang berlangsung. Apabila seseorang melangkah masuk ke bilik ini, suara² tersebut akan berpindah ke bilik sebelah. Dan begitulah seterusnya hingga suara² itu hilang. Semasa saya berada di bilik ini, saya juga merasakan seolah² ada orang lain di dalam bilik ini. Padahal waktu itu saya hanya berseorangan.

Bilik Tetamu

Kellie's Castle guest room
Bilik tetamu

Bilik tetamu untuk saudara-mata, sahabat & rakan perniagaan. Waris kepada pekerja estet kellie Smith mengatakan kewujudan tangga rahsia di bilik mandi yang membawa ke rumah agam. Saya cari juga tapi tak jumpa 😅.

Bilik Tidur Utama

Kellie's Castle master bedroom
Bilik tidur utama

Dinding bilik ini dihiasi friz neo-klasikal yang halus & elegan yang direka untuk menjadi latar belakang yang seni. Ia juga mempunyai tangga yang membawa ke tingkat bawah & luar rumah

View from balcony of Kellie's Castle
Pemandangan dari balkoni tingkat atas

Tangga Spiral

Kallie' Castle Spiral stairs
Tangga Spiral menuju ke bilik rahsia

Tangga spiral menuju ke bilik rahsia yang merupakan tempat persembunyian bagi keluarga William sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Ada juga yang mengatakan ianya bilik gelap bagi tujuan fotografi.

Bilik Anak Perempuan, Helen

Kellie's Castle daughter's room
Bilik anak perempuan

Helen telah mengikut bapanya meninggalkan Malaya, di percayai pulang ke Kanada pada tahun 1926. Semenjak dari itu, dia tidak pernah kembali lagi ke Malaya. Walau bagaimanapun ada kisah mengatakan pengunjung pernah ternampak kelibat kanak² pertempuran 6 tahun berambut kerinting yang di percayai roh Helen di bilik ini.

Window view from 2nd floor room Kellie's Castle
Pemandangan dari balkoni bilik atas

Bilik Anak Lelaki, Anthony

Kellie's Castle son's room
Bilik anak lelaki

Anthony lahir pada tahun 1915. Bilik ini bersambung dengan bilik kakaknya melalui bilik mandi. Walaupun nampak tenang bilik ini tapi terasa seram juga sekali sekala.

Bilik Linen

Kellie's Castle linen room
Bilik linen

Banyak² bilik, bilik yang ini agak menyeramkan. Saya tak pasti kenapa. Mungkin keadaan biliknya yang agak gelap. Rumah besar zaman Victoria biasanya mempunyai bilik/ stor linen.

Kebetulan waktu ini, ada seorang pengunjung wanita tiba² pengsan. Tak pasti apa puncanya, samada terlalu panas atau pun lemah semangat. Beliau terpaksa dibawa ke hospital berdekatan dengan ambulan.

Gerai Jualan

Kellie's Castle souvenier stall
Gerai² menjual barangan lama & juga cenderahati

Di luar Kellie’s Castle terdapat gerai jualan yang menjual pelbagai barangan lama & cenderahati. Kedai makan pun ada. Dah penat berjalan tu bolehlah singgah makan & minum di sini 😁.

A restaurant at Kellie's Castle
Kedai makan berhadapan kawasan parkir di Kellie’s Castle
Family chill out
Fuhhh… Bermandi peluh jugalah nak berjalan satu kawasan. Itu pun tak habis jelajah. Ok dah penat. Jom balik! 😄

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *