Restoran Kari Kambing 40 Hari Batu Pahat

Ramai yang bertanyakan kepada saya, dah pernah makan di Restoran Kari Kambing 40 Hari di Batu Pahat? Apa yang hebatnya restoran ini sampai jadi viral? Jadi untuk mencari jawapannya, saya sempat singgah makan tengahari di restoran ini dalam perjalanan saya dari Johor Bahru ke Melaka.

Restoran Kari Kambing 40 Hari, Batu Pahat.
Restoran Kari Kambing 40 Hari, Batu Pahat.

Dari tepi highway PLUS pun dah boleh nampak papan tanda restoran ini. Tapi jangan disangka dekat. Dari Plaza Tol Ayer Hitam ke restoran ini jaraknya lebih kurang 10km atau 10 minit perjalanan kalau tak sangkut lama di persimpangan pekan Ayer Hitam.

Sesampai sahaja di restoran ini, parking dah penuh di kiri kanan bahu jalan. Namun Alhamdulillah rezeki saya dapat parking betul² depan restoran. Tapi jangan risau, sebenarnya pelanggan boleh parking di kawasan madrasah yang terletak di belakang restoran ini.

Jam 2:30pm, semua meja makan hampir penuh. Oh ya, di sini juga ada disediakan satu kawasan bagi mereka yang ingin makan bersila (mereka yang perut ke depan macam saya, sila abaikan). Walaupun nampak penuh tapi Alhamdulillah dapat juga meja untuk saya satu famili 🤲.

Perkhidmatan Layan Diri

Restoran Kari Kambing 40 Hari - taking order
Pelanggan sedang beratur panjang mengambil order.

Tiba giliran nak order makanan. Di sini perkhidmatan semua layan diri. Umak aiii… Panjangnya beratur. Ada 2 barisan untuk ambil order. Satu untuk order makan dalam dulang & satu lagi dalam pinggan. So saya memilih makan dalam dulang sebab barisannya pendek. Lagi pun dah lama rasanya tak makan secara berjemaah. Walaupun panjang beratur tapi servisnya cepat. Hmm… Macam tak cukup aje satu dulang 🤔 ambil pinggan juga lah 🤭.

Nasi Arab Versi 40 Hari

Restoran Kari Kambing 40 Hari Kaunter Order
Hidangan menu yang disediakan.

Untuk hidangan dalam dulang kari kambing atau ayam, harganya RM48/dulang & percuma 1 jug air. Hidangan dalam pinggan pula harganya RM13.00 untuk ayam atau kambing. Untuk lauk tambahan, ayam RM4.50, kambing RM7.00 & nasi kosong RM1.60. Once dah dapat order, boleh terus bayar di kaunter.

Nasi briyani kambing dalam hidangan dulang & pinggan.

No wonderlah jadi viral restoran ini, memang power nasi briyani dia. Karinya terasa betul keaslian rempah ratusnya. Daging kambingnya lembut & enak. Bagi yang tak makan daging kambing, boleh ambil pilihan daging ayam. Boleh dikatakan lain dari yang lain.

Jemput makan semua… 😋

Kemudahan Awam

Surau ada disediakan & hanya di depan restoran ini. Keadaan surau di sini saya bagi 2/5 😔. Kedudukannya yang tinggi menyukarkan warga emas & bagi mereka yang ada masalah sakit lutut. Sepatutnya disediakan tangga. Lantai & sejadahnya agak usang & berbau.

Tempat solat muslimin

Rating:

Persekitaran – 3/5
Hidangan menu – 4/5
Kemudahan awam – 3/5

Alamat: Restoran Kari Kambing 40 Hari, Jalan Besar, 83700, Yong Peng, Johor.
Waktu Perniagaan: 7:30am – 3:30pm

*Nota: Maklumat di atas adalah dari pengalaman saya sendiri. Setiap foto adalah hakcipta terpelihara. Penilaian (review) dibuat tanpa dipengaruhi oleh pihak ketiga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *