Travelog Taj Mahal

Selama ini saya banyak mendengar cerita tentang kehebatan Taj Mahal, salah satu diantara 7 monumen keajaiban dunia yang sangat mengagumkan. Alhamdulillah, akhirnya saya berpeluang melihat sendiri kehebatan ciptaan manusia yang berkurun abad ini. Jom ikuti pengalaman Travelog saya ke Taj Mahal.

Lebuhraya Noida – Yamuna

Alhamdulillah, saya selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi lebih kurang jam 12:00 AM. Dari airport saya terus chek-in di DoubleTree by Hilton Hotel, Gurgaon, New Delhi NCR. Perjalanan dari Gurgaon, New Delhi ke Agra, dimana terletaknya Taj Mahal ini perlu melalui Lebuhraya Noida – Yamuna, yang jaraknya lebih kurang 237km & mengambil masa perjalanan 4 – 5 jam. Untuk lawatan ke Agra, saya menyewa MPV dengan pemandunya sekali. Nak memandu sendiri di India??? oh minta maaf 😬, skill belum cukup padu 😁.

Noida - Yamuna Highway to Taj Mahal
Trafik di Lebuhraya Noida – Yamuna ni lengang. Tapi macam² jenis kenderaan dapat dilihat di atas Lebuhraya ini. Jangan terkejut kalau anda terlihat banyak kenderaan yang berhenti di tepi² jalan. Mereka ini sebenarnya berhenti untuk ‘membuang air’. terdetik juga dalam hati nak bertanya, kenapa tak berhenti aje di R&R? Jom teruskan membaca kenapa…
Noida - Yamuna Highway side view
Pemandangan disepanjang Lebuhraya Noida – Yamuna dipenuhi dengan ladang² yang luas & jualan tembikar & hasil kraftangan penduduk tempatan.

Disepanjang Lebuhraya Noida – Yamuna ini hanya ada satu sahaja kawasan R&R (Rehat & Rawat). Peliknya, nak masuk R&R pun dikenakan bayaran. Restoran/ kedai makannya tak banyak pilihan selain harganya yang sangat mahal. Oooo… patutlah ramai berhenti di tepi² jalan 😷. Tapi bagi saya yang paling penting, tandasnya bersih walaupun tak sebersih tandas di R&R PLUS (nak claim reward kat PLUS boleh tak? 😁).

Kawasan R&R Lebuhraya Noida – Yamuna.
Plaza Toll Lebuhraya Noida – Yamuna.

Setelah mengharungi perjalanan hampir 4½ jam, Alhamdulillah akhirnya saya selamat sampai di bandar Agra. Bandar Agra ni juga boleh tahan sibuknya. Kebetulan waktu saya ke sini, negara India sedang meraikan cuti umum.

Ya ampun lah kalau saya nak memandu sendiri di India ni.
Antara gelagat stuntman yang dapat dilihat di sini.

Taj Mahal Yang Mempesonakan

Dari pintu masuk utama ke bangunan Taj Mahal boleh tahan jauhnya. Kita boleh berjalan kaki sahaja sambil membakar kalori atau menaiki auto rickshaw bagi yang sayangkan lemak. Saya nasihatkan kalau boleh jangan beli dulu apa² daripada mereka yang menjual barangan berupa cenderahati (e.g. fridge magnet, key-chain, t-shirt, etc). kalau tak nak kena serbu. Mereka akan cuba memaksa kita untuk membeli. Ada dikalangan mereka yang pandai berbahasa melayu (mungkin ramai orang Malaysia datang sini kot). Tidak dinafikan harga mereka tawarkan memang murah. Kalau nak beli, belilah semasa balik.

Shoes off when entering to Taj Mahal mausoleum.

Untuk makluman, pelawat tidak dibenarkan memakai kasut semasa berada di dalam makam Taj Mahal. Pelawat dikehendaki memakai penutup kasut yang boleh diperolehi di luar kaunter tiket atau berkaki ayam sahaja.

Taj Mahal ticket counter.
Kaunter tiket.
Sign of pedestrian route to Taj Mahal
Ada 2 laluan masuk ke pintu gerbang utama Taj Mahal iaitu laluan untuk tiket biasa (panjang giler queue), & laluan untuk tiket khas (ala² VIP).
Security check before entering to Taj Mahal.
Kawalan masuk memang sangat ketat. Makanan luar tidak dibenarkan dibawa masuk sama sekali. Kalau sekuriti terjumpa makanan dalam beg, mereka akan mencampakkanya keluar tanpa simpati. Jadi, pandai²lah sorokkan makanan atau botol air mineral.
Street walk to Taj Mahal.
Laluan masuk ke Taj Mahal selepas melalui pemeriksaan kawalan keselamatan.
Pintu masuk gerbang utama ke laman Taj Mahal

Pertama kali melangkah kaki masuk ke pintu gerbang utama, tak dapat nak diceritakan betapa terujanya saya. Masha Allah! Benarlah apa yang diceritakan orang tentang kehebatan Taj Mahal ini.

Landscape view of Taj Mahal.
Landskap hadapan Taj Mahal
Antara foto yang sempat saya rakamkan.

Di sini, saya kongsikan serba sedikit maklumat yang saya perolehi semasa mendengar penerangan daripada pemandu pelancong. Maklumat lanjut boleh rujuk di sini.

  • Taj Mahal dibangunkan oleh Maharaja Mughal, Shah Jahan sebagai tanda kenangan akibat kematian isterinya yg ke-3, Mumtaz Mahal ketika melahirkan anak yg ke-14 pada tahun 1631. 
  • Pembinaannya mengambil masa 21 tahun bermula dari tahun 1632 – 1653.
  • Kos pembinaannya dianggarkan lebih kurang 32 juta rupee (nilai mata wang waktu itu).
  • Taj Mahal dibangunkan menggunakan batu marmar putih yang bertatahkan batu-batu separa berharga seperti batu marmar putih (Rajahstan), batu jed & kristal (China), Jasper (Punjab), turquoise (Tibet), lapiz lazuli (Afghanistan), sapphire (Sri Lanka) & carnellan (Arab Saudi).
  • Pembinaannya melibatkan 20,000 tenaga buruh, 37 pakar seni ukir, kaligrafi & seni ukir batu marmar.
  • Lebih dari 1,000 ekor gajah digunakan untuk mengangkat bahan sumber dari merata India & Asia.
Pelawat beratur memasuki ke makam Taj Mahal
Main entrance of Taj Mahal mausoleum.
Surah Yaasiin diukir di pintu masuk makam Taj Mahal
Taj Mahal exterior arts
Seni ukiran tangan diluar makam Taj Mahal
Masjid berdekatan dengan makam Taj Mahal

Berdekatan dengan makam Taj Mahal ini ada sebuah masjid. Dinasihatkan supaya bawa bekalan air botol mineral untuk berwudu’ kerana di sini ada sedikit masalah untuk mendapatkan air bersih. Jangan terkejut sekiranya semasa anda sedang solat, ada seseorang yang akan duduk disebelah sambil berzikir & menunggu hingga anda selesai solat. Ada diantara mereka yang pandai berbahasa melayu. Selesai memberi salam, hamba Allah ini akan memperkenalkan diri mereka. Ada yang mengaku imam masjid, guru agama & macam² lagi. Sebenarnya mereka ini ingin meminta wang dengan minimum RM5. Apa² pun kita ambil sikap husnuzon.

Pelawat tidak dibenarkan mengambil gambar semasa berada di dalam makam. Jadilah kan berselfie diluar aje 😎.

Terdapat juga bangunan muzium di sini tapi sayangnya saya tidak sempat nak melawat kerana waktu melawat sudah habis.

Taj Mahal Museum
Muzium Taj Mahal

Dalam perjalanan pulang ke Delhi, saya sempat singgah tempat dimana batu² marmar dihasilkan. Malangnya saya tak ingat nama tempat tersebut. Melihat hasil kerja ukiran batu marmar ini, tidak terbayang oleh saya bagaimana pengukir² dahulu menghasilkan ukiran di bangunan Taj Mahal dengan begitu unik sekali… Subhanallah.

Pembuatan batu marmar secara manual.

Banyak perkara yang dapat saya ambil iktibar daripada travelog lawatan saya ini. Antaranya ialah makna sebuah cinta yang ulung di atas pengorbanan orang lain. Kerana kuasa, ramai rakyat & khazanah negara yang terpaksa dikorbankan. Walau apa pun versi ceritanya, Taj Mahal tetap menjadi lagenda & lambang cinta sejati hingga menjadi kekaguman seluruh umat manusia.

End of story ~

*Nota: Maklumat di atas adalah dari pengalaman saya sendiri. Setiap foto adalah hakcipta terpelihara. Penilaian (ulasan) dibuat tanpa dipengaruhi oleh pihak ketiga.

One thought on “Travelog Taj Mahal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *