Masjid Hijau Cyberjaya | Kembara Infrared III

Kembara infrared saya kali ini tak jauh dari rumah saya iaitu di sekitar Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya. Siap pada tahun 2015, masjid ini juga dikenali dengan nama Masjid Hijau Cyberjaya bersempena dengan konsep pembinaannya menggunakan teknologi hijau secara keseluruhannya. Lokasinya strategik iaitu bersebelahan dengan Taman Tasik Cyberjaya & berdekatan dengan Universiti Multimedia (MMU).

Oleh kerana blog ini fokus hanya kepada fotografi infrared, jadi untuk info lanjut mengenai masjid ini boleh ikuti pautan di sini.

Bersama dengan Nikon D80 yang telah ‘dibedah’ dengan filter IR630nm semi-autumn & Pro TAMA Wide Lens, saya meninjau Masjid Cyberjaya mencari sudut yang menarik untuk dirakam. Cuaca pada waktu ini sangat panas sekitar jam 11-12 tengahari. Tambah lagi matahari yang menyilau, membuatkan saya tidak berada lama di luar. Di bawah ini antara hasil yang dapat dirakam.

Main-entrance-Masjid-Cyberjaya
Pintu masuk utama Masjid Cyberjaya
f/10 | 1/640s | 18mm | Manual BW | ISO 200
Landscape Masjid Cyberjaya
Landskap Masjid Cyberjaya
f/9 | 1/160s | 18mm | Manual BW | Auto ISO

Beralih ke dalam Masjid Cyberjaya pula, tak banyak sudut yang dapat saya rakam. Bagi saya, untuk foto infrared ini memang kurang sesuai untuk indoor shooting. Filter IR filemnya yang gelap memerlukan kemasukan cahaya yang banyak. Hasilnya gambar akan jadi over expose kalau salah setting (terus terang cakap, saya memang tak berapa pandai nak main setting² ni). Jadi, setakat ini aje hasil gambar indoor Masjid Cyberjaya yang jadi. RAW lain semua ke laut 😆.

Landskap dalam Masjid Cyberjaya.
f/10 | 1/200s | ISO 200 | 18mm | Manual WB

Untuk maklumat pengenalan mengenai infrared fotografi, boleh baca blog entry saya sebelum ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *