Gold Coast Malacca International Resort | Ulasan

Selain daripada terkenal dengan tempat² bersejarah, Melaka juga mempunyai banyak tempat² menarik untuk percutian seisi keluarga. Antaranya ialah Taman Tema Air Gold Coast Malacca International Resort. Teruskan membaca ulasan saya mengenai percutian di Taman Tema Air Gold Coast Melaka.

Gold Coast Malacca International Resort Entrance
Pintu hadapan Gold Coast Malacca International Resort

Terletak lebih kurang 25km dari bandar Melaka & 8km dari Plaza Tol Ayer Keroh, tak susah nak cari tempat ini. Kawasan parkirnya percuma tetapi selalunya penuh pada hujung minggu. Tiket boleh dibeli di kaunter reception. Harga tiket masuk taman tema air seperti berikut:

HariKategoriHarga Tiket
Isnin – JumaatDewasaRM25.00
Kanak²RM15.00
Sabtu – AhadDewasaRM35.00
Kanak²RM25.00

Kalau tak silap saya, harga tiket untuk malam lebih murah sedikit.

Gold Coast Malacca International Resort Water Theme Park
Taman Tema Air Gold Coast Malacca

Gold Coast Malacca International Resort juga menawarkan penginapan apartmen, 2 bilik, 3 bilik & studio. Walau bagaimanapun, saya tidak menginap di sini. Saya cuma datang ke sini bawa famili untuk mandi-manda di taman tema airnya.

Taman Tema Air Gold Coast Malacca International Resort

Taman tema air yang eksklusif menyediakan pelbagai taman permainan air seperti slip & gelongsor dengan pelbagai ketinggian, pancutan/ percikan air, tripping buckets, pasti menjanjikan keseronokan kepada anak² termasuklah mak bapak. Persekitaran & kolam airnya juga bersih.

Gold Coast Malacca International Resort Playground
Berbagai² aktiviti permainan di Taman Tema Air Gold Coast Malacca

Lokasi kolam ini yang diapit oleh bangunan apartmen di kiri & kanan menjadikannya sedikit terlindung dari panas matahari.

Berhadapan dengan taman permainan tema air ini, terdapat replika sebuah kapal perang zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu Kapal Perang Laksamana Cheng-Ho. Replika kapal besar ini menjadi simbol & mercu tanda kepada Gold Coast Malacca International Resort ini. Walau bagaimanapun, pengunjung tidak tidak dibenarkan masuk ke dalam kapal ini.

Gold Coast Malacca International Resort Kapal Laksamana Cheng Ho
Replika Kapal Laksamana Cheng Ho

Dah puas main gelongsor, nak bersantai pulak ala² di tepian ‘pantai’ & bermain ombak, boleh berpindah ke kolam ombak. Kepada ibu bapa/ penjaga, sila awasi anak² anda dengan memastikan tahap kedalaman kolam sesuai dengan anak² anda.

Gold Coast Malacca International Resort Beach
Bersantai ala² di tepian pantai, Gold Coast Malacca
Gold Coast Malacca International Resort Beach Pool
Kolam ombak Gold Coast Malacca

Selain dari itu, terdapat juga kolam renang, kolam jakuzi & tapak air pancut. Walau bagaimanapun, lokasi kolam ini yang terletak di kawasan terbuka menjadikannya terdedah kepada bahang matahari waktu tengahari.

Kemudahan Awam

Bilik Air & Bilik Persalinan

Bilik air & bilik persalinan terletak berdekatan dengan kolam ombak. Sesuatu yang kurang memuaskan saya, kebanyakan selak pintu di bilik air tidak berfungsi. ini termasuk bahagian wanita. Harap-harap pihak pengurusan telah mengambil tindakan segera untuk membaikinya.

Surau Awam

Kemudahan surau untuk orang awam disediakan tetapi macam kurang selenggara. Bilik surau muslimin & muslimat berkongsi 1 bilik & hanya dipisahkan oleh tabir yang sudah lusuh. Karpetnya kusam & berbau.

Rating:

Bilik: N/A
Taman Tema Air: 4/5
Kemudahan Awam: 2/5
Persekitaran: 3/5

Lokasi: Lot 44, Jalan Wakaf Utama 1, Taman Saujana Indah, 75450 Melaka

*Nota: Maklumat di atas adalah dari pengalaman saya sendiri. Setiap foto adalah hakcipta terpelihara. Penilaian (ulasan) dibuat tanpa dipengaruhi oleh pihak ketiga.

Lagi tempat menarik di Melaka:

Tak pasti nak makan apa & di mana kat Melaka ni? Apa kata anda cuba Sate Kg. Jawa di Restoran Line Clear. Meh baca perkongsian saya tentang keistimewaan sate Kg. Jawa ni.

Sate Kg. Jawa, Melaka.
Sate Kg. Jawa, Melaka.

Atau mungkin anda mencari pantai untuk beriadah bersama keluarga, boleh berkunjung ke Pantai Puteri, Melaka.

Pantai Puteri Melaka
Pantai Puteri Melaka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *