DoubleTree by Hilton Gurgaon New Delhi | Hotel Review

DoubleTree by Hilton Hotel Gurgaon, New Delhi NCR, India adalah hotel 5 bintang yang terletak di dalam kawasan Cybercity. Dari airport saya menaiki MPV yang disewa dengan pemandunya sekali. Kalau saya sendiri nak memandu di bandaraya Delhi ni memang tak lah kan 😅. Jarak pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi lebih kurang 30 minit diluar waktu puncak. Agak pening jugak dengan keadaan trafik di kota Delhi ini. Sepanjang perjalanan meriah dengan bunyi hon kenderaan. Kesesakan jalanraya tu dah berkali ganda dari Kuala Lumpur.

Indira Gandhi International Airport
Balai ketibaan Indira Gandhi International Airport
Indira Gandhi International-Airport-Taxi
Deretan teksi sedang menunggu penumpang diluar Indira Gandhi International Airport

DoubleTree by Hilton Hotel

Sesampai di hotel, setiap customer akan masuk melalui pintu mesin pengimbas otomatik untuk pemeriksaan keselamatan, termasuklah bagasi. Dah macam check-in di airport. Dahsyat sungguh tahap keselamatan hotel ini. Semasa proses pendaftaran, ada beberapa isu salah faham timbul. Namun semuanya diuruskan dengan profesional oleh pihak pengurusan hotel. Layanan daripada kakitangan hotel ini juga peramah. Saya diberi makanan & minuman ringan sementara menunggu proses pendaftaran selesai.

DoubleTree by Hilton Hotel-Main-Lobby
Ruang lobi utama DoubleTree by Hilton Hotel
DoubleTree by Hilton Hotel-Lobby-Cafe
Coffee house & Cafe DoubleTree by Hilton Hotel

King Room

Bilik saya menginap ni jenis ‘King Room’ dengan rate lebih kurang RM376/ malam. Biliknya luas, dilengkapi 1 katil saiz king, kerusi rehat & working office table. Selain itu, kemudahan asas juga tersedia seperti LCD TV/ satelite, telefon, peti keselamatan Laptop, mini fridge, coffee maker, iron board & juga WiFi dengan kelajuan yang tinggi. Sayang sekali view dari bilik saya tak berapa nak mesra alam.

DoubleTree-by-Hilton-Hotel-Room
Pemandangan keseluruhan bilik jenis King Room
DoubleTree-by-Hilton-Hotel-Working-Table
Working office table di bilik ‘King Room’..
Bathroom-DoubeTree-by-Hilton-Hotel-Toilet
Bilik mandi lengakp dengan toiletries.

Kemudahan Rekreasi Hotel

Saya tidak sempat nak explore sepenuhnya kemudahan rekreasi di hotel ini kerana urusan jadual yang ketat. Jadi mana yang sempat aje saya singgah.

Swimming-Pool-DoubeTree-by-Hilton-Hotel-Pool
Outdoor swimming pool
Casablanca pub DoubeTree by Hilton Hotel
Pintu masuk utama & Casablanca Lounge DoubeTree by Hilton Hotel

Restoran

Di sini tiada masalah tentang makanan halal sebab majoriti penduduk di sini ialah vegetarian & ramai juga muslim.

Food DoubleTree by Hilton Hotel-Menu
Macam-macam jenis kari & dal.

Sarapan buffet disediakan bermula dari 6:00AM hingga 10:30AM. Pelbagai menu termasuk continental, vegetarian, asian & western dihidangkan. Kualiti makanannya sangat bagus. Bagi saya yang pertama kali melawat India, macam² makanan pelik yang saya jumpa.

Breakfast DoubeTree by Hilton Hotel-Dessert
Pelbagai hidangan desserts untuk sarapan pagi

Seksyen ruangan makanan dipisahkan antara halal & non-halal. Jadi tak perlulah risau tersalah ambil makanan 😁.

Dining hall di restoran DoubeTree by Hilton Hotel

Harga untuk hidangan lunch buffet anggaran RM72/ seorang manakala untuk dinner RM105/ seorang. Hmm… Lebih kurang aje dengan hotel di Malaysia.

Persekitaran Luaran

Sewaktu saya di sini, India dilanda jerebu yang teruk. Jadi persekitaran di luar hotel ini tidaklah berapa sihat dengan tahap IPU agak tinggi. Ditambah lagi dengan kerja-kerja construction yang berdekatan, memburukkan lagi keadaan.

Ratings

Saya menginap 3 hari 2 malam & secara keseluruhannya saya rasa sangat berpuashati.
Rating: 😊😊😊😊😊

Lokasi: Golf Course Road, Sector 56, Gurugram, Haryana 122011, India

*Nota: Maklumat di atas adalah dari pengalaman saya sendiri. Setiap foto adalah hakcipta terpelihara. Penilaian (review) dibuat tanpa dipengaruhi oleh pihak ketiga.

One thought on “DoubleTree by Hilton Gurgaon New Delhi | Hotel Review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *