Rumah Makan Terlajak Laris, Bangi

Restoran Rumah Makan Terlajak Laris (ROTL), Bangi.
Restoran Rumah Makan Terlajak Laris (ROTL), Bangi.

Saya ada terbaca di beberapa blog mengenai restoran Rumah Makan Terlajak Laris (ROTL), kepunyaan Dato’ Seri Aliff Syukri. Ada yang beri komen positif & tidak kurang juga yang tidak berpuashati. To be fair, saya & keluarga telah berkunjung ke salah satu cawangan Rumah Makan Terlajak Laris di Bangi.

Cabaran pertama yang saya hadapi ialah mencari parking. 2-3 kali pusing namun masih gagal. Akhirnya saya park di bangunan shopping Evo Mall di seberang jalan berhadapan dengan restoran Rumah Makan Terlajak Laris .

Nombor meja makan kami

Sewaktu melangkah masuk ke restoran Rumah Makan Terlajak Laris, meja makan hampir penuh. Maklumlah waktu puncak. Alhamdulillah kebetulan ada satu meja kosong dengan 6 seaters, cukup untuk kami sekeluarga.

Setelah dipanggil beberapa kali, barulah ada pekerja yang datang membersihkan meja kami dan mengambil order. Jarak waktu menunggu pesanan makanan sampai tidaklah lama sangat walaupun pelanggan ramai.

Dekorasi dalaman restoran Rumah Makan Terlajak Laris agak menarik dengan berkonsepkan tradisional melayu membuatkan jiwa terasa nostalgik.

Interior Rumah Makan Terlajak Laris
Hiasan dinding Rumah Makan Terlajak Laris

Menu Di Rumah Makan Terlajak Laris. OK tak?

Hmmm… susah nak jawab soalan ni sebab ikut selera tekak masing-masing. Pilihan menu memang banyak, ada masakan melayu & western. Sampaikan rambang nafsu nak pilih. Anyway, saya cuba kongsikan apa yang saya rasa.

Black Pepper Beef Rice Rumah Makan Terlajak Laris
Black Pepper Beef Rice
Presentation nampak menarik & menyelerakan. Tapi daging liat. & nasi keras, sedikit antah (kurang masak). – Harga RM11.90.
Rumah Makan Terlajak Laris menu - Spicy Creamy Thai Carbonara
Spicy Creamy Thai Carbonara
Sesuai dengan namanya, memang ‘menyengat pedasnya. Harga RM15.00

Satu lagi menu yang tak sempat di’swafoto’kan iaitu Prawn Aglio @ Olio Peperoncino (Harga: RM10.00). Saya tak tau dimana silapnya kerana bila makan terasa bau hanyir. Order 2 set & kedua-duanya rasa sama. Saya tak pastilah kalau menu makanan ni memang macam tu rasa dia.

Rumah Makan Terlajak Laris menu - Sizzling Yee Mee
Sizzling Yee Mee
Antara menu yang saya order, saya rasa yang ini saja yang OK. Harga: RM7.90

Minumannya pula semua OK dan puashati.

Ratings:
😋😋🌚🌚🌚
Dari segi menu masakannya, saya rasa kurang berpuashati, InshaAllah saya akan berkunjung ke cawangan Rumah Makan Terlajak Laris yang lain pula selepas ini, InshaAllah. .

📍 Jalan Medan Pusat Bandar 8, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

*Nota: Maklumat di atas adalah dari pengalaman saya sendiri. Setiap foto adalah hakcipta terpelihara. Penilaian (review) dibuat tanpa dipengaruhi oleh pihak ketiga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *