Taman Tasik Cyberjaya | Kembara Infrared I

Taman Tasik Cyberjaya merupakan taman rekreasi yang sangat menarik untuk sebarang aktiviti seperti berjogging, beriadah, tempat kanak-kanak bermain, hari keluarga dan tentu sekali menjadi tarikan utama kepada peminat-peminat fotografi kerana landskap alam semulajadinya yang tenang dan damai. Berhampiran dengan Taman Tasik Cyberjaya ini ialah Masjid Raja Haji Fisabilillah atau dikenali juga Masjid Hijau, Multi Media University (MMU) dan Pejabat Majlis Perbandaran Sepang (MPS). Taman Tasik Cyberjaya sentiasa menjadi tumpuan orang ramai dari individu, keluarga, sehinggalah ke komuniti berkumpulan terutama pada hujung minggu.

Tasik Cynerjaya versi Infrared Nikon D90 IR630nm
Tasik Cynerjaya versi Infrared
Nikon D90 IR630nm

Sewaktu kedatangan saya ke sini sekitar jam 9:00am, Alhamdulillah cuaca sangat cerah. Keadaan cuaca begini memang amat sesuai untuk shooting infrared. Berbekalkan Nikon D90 converted IR630nm, Canon EOS1100D dan filter lekap Hoya R72, saya memulakan langkah mencari port dan subjek yang menarik.

Untuk pengenalan mengenai infrared fotografi, boleh rujuk pada awal entri saya disini.

Tasik Cyberjaya
Teratai kering di Tasik Cyberjaya
Nikon D90 IR630nm
di Taman Tasik Cyberjaya
Laluan pejalan kaki/jogging di Taman Tasik Cyberjaya Nikon D90 IR630nm
Taman Tasik Cyberjaya
Jambatan pejalan kaki/jogging di Taman Tasik Cyberjaya
Nikon D90 IR630nm
Tasik Cyberjaya in Infrared World
Kawasan berpaya, Tasik Cyberjaya antara lokasi tumpuan pada kaki fotografi
Nikon D90 IR630nm
Jeti Tasik Cyberjaya
Jeti Tasik Cyberjaya. Port cari ilham ni 😌
Nikon D90 IR630
Tasik Cyberjaya
Tasik Cyberjaya
Canon EOS 1100D dengan filter lekap Hoya R72

Foto di atas adalah lokasi ke dalam sedikit Taman Tasik Cyberjaya. Hati-hati kalau melintasi jambatan tersebut kerana lantainya sudah reput dan berlubang. Dinasihatkan supaya elakkan berada di sini waktu lewat petang kerana banyak nyamuk.

Pulau Wind Chime, Tasik Cyberjaya

Pulau Wind Chime, Tasik Cyberjaya
Pemandangan dari Pulau Wind Chime, Tasik Cyberjaya.
Foto atas dari Nikon D90 IR630nm

Terdapat pulau kecil yang dihubungkan oleh sebuah jambatan iaitu Pulau Wind Chime. Pokok-pokok besar yang terdapat di pulau ini membuatkan kita terasa redup dan nyaman.

Jambatan ke Pulau Wind Chime
Jambatan yang menghubungkan ke Pulau Wind Chime
Nikon D90 IR630nm

Hati-hati kalau ‘melepak’ di pulau ini sebab di sini banyak kerengga. Terdapat jeti terapung di pulau ini yang selalunya menjadi port untuk ‘menembak’ sunset.

Senja di Tasik Cyberjaya
Senja di Tasik Cyberjaya

Tasik Cyberjaya ini adalah kawasan larangan memancing. Walau bagaimanapun, pengunjung dibenarkan memberi ikan-ikan di dalam tasik ini makan dengan makanan yang sesuai seperti roti. Ikan-ikan ini selalunya akan berkumpul di sepanjang jambatan Pulau Wind Chime.

Pusat Informasi Taman Tasik Cyberjaya

Pusat Informasi Taman Tasik Cyberjaya
Pusat Informasi Taman Tasik Cyberjaya
Canon EOS 1100D dengan filter lekap Hoya R72

Saya tak pasti fungsi pusat informasi ini sebenarnya sebab selalunya memang tiada petugas di situ terutama dihujung minggu. Namun kebiasaannya, di sini dijadikan lokasi utama kalau ada sebarang event seperti karnival, pameran, hari terbuka dan sebagainya.

Taman Permainan Kanak-Kanak

Bagi mereka yang membawa anak-anak, saya pasti anak-anak anda akan tidak sabar untuk berlari, memanjat dan menggelongsor. Laluan kakinya juga luas untuk anak-anak bermain basikal. Di sini tidak ada gerai atau kedai menjual makanan. Jadi dinasihatkan bawa bekalan makanan sendiri ya.

Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya

Bersebelahan dengan Tasik Cyberjaya ini, ada bangunan Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya. Pelbagai aktiviti ada di sini seperti litar go-cart, driving range untuk yang minat golf, gelanggang futsal, gelanggang badminton, meja pingpong, gymnasium dan kolam renang. Ianya dibuka kepada orang awam dengan bayaran tertentu mengikut kadar jam.

*Nota: Maklumat di atas adalah dari pengalaman saya sendiri. Setiap foto adalah hakcipta terpelihara. Penilaian (review) dibuat tanpa dipengaruhi oleh pihak ketiga.

One thought on “Taman Tasik Cyberjaya | Kembara Infrared I

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *