Percutian Ke Pulau Pinang

Bila sebut pasal family holiday trip, Pulau Pinang pasti akan termasuk antara senarai lokasi favorite untuk dikunjungi kerana mempunyai banyak tempat-tempat menarik. Jom kita lihat apa yang menariknya di Pulau Pinang yang sempat saya kunjungi semasa percutian keluarga saya ke sana.

Rojak Tonggek Pulau Pinang

Lokasi pertama yang kami singgah sebelum check-in hotel (baca review hotel Rainbow Paradise Beach Resort) ialah gerai ‘Rojak Tonggek’. Rojak tonggek??? Bunyi macam pelik kan… Saya pun first time dengar ni. jom kita tengok kenapa dipanggil Rojak Tonggek.

Lokasi gerai Rojak Tonggek ini terletak di Jalan Pantai, Butterworth, Pulau Pinang. Rojaknya adalah campuran dari buah-buahan dan sayur-sayuran yang dicucuk dengan lidi macam sate yang kemudiannya dicelup ke dalam bekas kuah besar yang dikongsi beramai-ramai dengan pengunjung yang lain. Yang ini saya agak kurang gemari kerana ada pengunjung yang mencelup berulang-ulang kali 😥. Kuahnya pula ada 2 jenis, yang pedas dan manis. Kerusi dan meja makan tidak disediakan di sini, Jadi pengunjung kenalah makan sambil berdiri. Naahhhh… masa ini lah kena tonggek (membongkok) untuk elakkan kuah rojak dari terkena baju.

Rojak Tonggek Pulau Pinang
Macam-macam gaya tonggek ada

Lepas makan, lidi rojak perlu dikumpul untuk dikira. Bil akan dikira berdasarkan jumlah lidi, 1 lidi RM1.

😋😋☹☹☹

Feri Pulau Pinang

Feri Pulau Pinang
Pemandangan dalam perjalanan Feri

Perjalanan kami diteruskan lagi menuju ke jeti Feri Pulau Pinang. Feri Pulau Pinang merupakan perkhidmatan feri yang tertua di Malaysia bermula pada tahun 1894, menghubungkan antara Terminal Butterworth ke Terminal Raja Tun Uda di Pelabuhan Quary, George Town. Feri Pulau Pinang ini bukan sekadar menyediakan pengangkutan awam sahaja tetapi ianya menjadi salah satu tarikan pelancongan. Waktu operasi bermula dari 5:20am hingga 12:10am. Jarak perjalanan lebih kurang 3 km dan mengambil masa 20 – 30 minit. Harga tiket feri RM7.70 / kereta. Senarai jadual lengkap perjalanan dan harga tambang tiket feri boleh rujuk di sini.

Suasana di dalam Feri Pulau Pinang
Suasana di dalam Feri Pulau Pinang

Stesen Keretapi Bukit Bendera

Diilhamkan oleh kolonial British bermula dari tahun 1897. Mula dibuka dan beroperasi secara rasmi pada tahun 1923. Semenjak itu, beberapa siri panambahbaikan telah dilakukan sehingga kini. Perjalanan mendaki dari stesen bawah, Pekan Air Itam ke Bukit Bendera mengambil masa kira-kira 10 minit.

Stesen Pekan Air Itam Bukit Bendera
Stesen bawah Pekan Air Itam, Bukit Bendera.
Tiket Keretapi Bukit Bendera
Tiket Keretapi Bukit Bendera

Harga tiket keretapi Bukit Bendera untuk warganegara Malaysia adalah RM10 untuk dewasa dan RM4 untuk Kanak-kanak dibawah umur 12 tahun dan warga emas. Jangan lupa bawa MyKad / MyKid semasa membeli tiket.

Kami sampai di stesen bawah Pekan Air Itam seawal jam 9:00am. Walaupun hujan renyai-renyai, orang ramai sudah mula beratur panjang untuk membeli tiket. Ada dua lorong tiket iaitu lorong pembayaran tunai dan pembayaran melalui kredit kad. Selalunya lorong pembayaran tunai yang beratur panjang. Parking bertingkat ada disediakan berhampiran stesen. Sekiranya parking penuh, jangan risau, ada kawasan parking persendirian disediakan di sekitar taman yang berdekatan.

Menunggu giliran untuk menaiki keretapi
Menunggu giliran untuk menaiki keretapi

Setelah menunggu lama, akhirnya tibalah giliran kami menaiki keretapi Bukit Bendera. Selesa juga dalam keretapi ini. Setiap keretapi mempunyai 2 gerabak dan setiap gerabak boleh memuatkan sehingga 80 orang.

Keretapi Bukit Bendera
Keretapi Bukit Bendera

Bukit Bendera Pulau Pinang

Berada di ketinggian lebih kurang 830 meter di atas George Town, puncak Bukit Bendera terasa dingin dengan udaranya yang sejuk serta menyajikan penorama yang cukup indah. Pengunjung boleh menikmati keindahan disekeliling Bukit Bendara ini melalui view deck platform. Di sini ada disediakan teropong-teropong dengan bayaran RM1 untuk 2 minit di mana kita dapat melihat hampir keseluruhan pulau-pulau yang ada disekitarnya.

Pemandangan dari puncak Bukit Bendera
Pemandangan dari puncak Bukit Bendera

Di puncak Bukit Bendera ini terdapat taman-taman astaka dengan dekorasi yang menarik seperti dataran love rock, keretapi Bukit Bendera yang asal, pokok-pokok bunga dan ikon-ikon menarik. Selain daripada itu, terdapat juga muzium burung hantu, kedai cenderahati, restoran, taman permainan kanak-kanak, kuil dan juga masjid.

Masjid di puncak Bukit Bendera
Masjid di puncak Bukit Bendera
Dataran Love Rock
Dataran Love Rock
Astaka dan funikular asal yang diperbuat daripada kayu
Astaka dan funikular asal yang diperbuat daripada kayu
Mendaki 20 anak tangga curam dan meriam yang berusia lebih 250 tahun.
Mendaki 20 anak tangga curam dan meriam yang berusia lebih 250 tahun.

Kami dibawa ronda menyusuri jalan di sini sejauh 2km dengan menaiki Buggy dengan kadar bayaran RM30 untuk 4-5 orang. Kami juga difahamkan oleh pemandu yang bertugas mengenai asal usul nama Bukit Bendera. Di zaman British dahulu, mereka akan kibarkan bendera di puncak bukit untuk memberi isyarat kepada tetamu di bawah samada mereka berada di atas atau tidak. Kalau tiada bendera dikibarkan bermakna mereka tiada di rumah. hurmmm… begitu ceritanya. Menyusuri laluan Buggy ini, kami dapat melihat bunglow-bunglow lama yang kebanyakannya mempunyai pengaruh senibina inggeris.

Walaupun letih menapak namun kami tetap enjoy

Dah lenguh kaki berjalan, kami singgah di restoran di sini sebelum turun pulang. Berbagai aneka menu dengan harga yang berpatutan disajikan. Perut dah lapar, tekak dah haus… tengok apa pun sedap… haha.

Jom makan!

Mi Udang Balik Pulau

Pulau Pinang memang terkenal dengan masakan Mi Udang dan Rojak Pasembor. Ada banyak lokasi kedai makan Mi Udang di sini. Sebagai piliham, kami berkunjung ke restoran Mi Udang di Balik Pulau. Saya difahamkan oleh salah seorang owner restoran di sini, kesan daripada trajedi tsunami telah memberi impak sedikit sebanyak kepada perniagaan mereka. Walau bagaimanapun, Mi Udang di sini tetap tidak menghampakan. Udang, ketam dan ikan semuanya segar-segar. Harganya juga berpatutan.

Mi Udang Balik Pulau, Pulau Pinang
Mi Udang Balik Pulau, Pulau Pinang

😋😋😋😋☹

D’Heritage Cofee & Chocolate House

Kepada penggemar cokelat, boleh singgah di D’Heritage Coffee & Chocolate House, terletak di Teluk Bahang tidak jauh dari Pantai Batu Ferringhi. Beraneka cokelat, kopi, teh, madu dan herba ada dijual di sini. 100% keluaran produk disini adalah keluaran bumiputera muslim.

D’Heritage Cofee & Chocolate House
Kedai Cokelat D’Heritage Coffee & Chocolate House di Teluk Bahang

*Nota: Maklumat di atas adalah dari pengalaman saya sendiri. Setiap foto adalah hakcipta terpelihara. Penilaian (review) dibuat tanpa dipengaruhi oleh pihak ketiga.

4 thoughts on “Percutian Ke Pulau Pinang

  • 11th July 2019 at 1:31 am
    Permalink

    Menarik… InsyaAllah saya akan ke Penang pada hari Jumaat malam ni… Saja cuti cuti jalan-jalan. Semua tempat yg saudara ceritakan saya dah try dan saya dah pernah pergi hehe.. Kecuali yang rojak tonggek tu je. Oh ye, dengan D’Heritage Coffee house tu. Boleh la cuba singgah, InsyaAllah.. TQ kerana berkongsi 🙂

    Reply
    • 11th July 2019 at 7:02 am
      Permalink

      Utk info tambahan, otw ke D’Heritage Coffee house ada satu jungle theme park. Nampak mcm menarik. Saya x sempat singgah sbb kesuntukan masa. Selamat bercuti ya & semoga lancar perjalanan.

      Reply
  • 29th August 2019 at 2:11 pm
    Permalink

    Quality content is the key to attract the users to go to see the web page, that’s what this site is providing.|

    Reply
    • 30th August 2019 at 12:35 pm
      Permalink

      Thank you for the feedback.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *