Rainbow Paradise Beach Resort Pulau Pinang

Apabila merancang bercuti bersama keluarga, perkara yang membuatkan kita pening ialah memilih hotel yang sesuai. Banyak faktor yang perlu diambilkira seperti lokasi, keselesaan, hospitaliti, fasiliti dan sudah tentu bajet. Apatah lagi kalau bercuti berkonvoi dengan ahli keluarga adik-beradik yang lain. Percutian keluarga selalunya terkait dengan kepuasan dan keseronokan lebih kepada anak-anak. Oleh itu kami memilih Rainbow Paradise Beach Resort, Tanjung Bungah untuk percutian ke Pulau Pinang.

Our family
Keluarga kami

Terletak lebih kurang 7km dari Pantai Batu Ferringhi, hotel resort bertaraf 4 bintang ini sangat sesuai buat mereka yang datang secara berkeluarga. Berkonsepkan apartment hotel, perkhidmatan serta kemudahan bilik secara keseluruhannya amat berpuas hati.

Penginapan Bilik

Memandangkan bilangan kami yang ramai, kami booked 5 unit apartment 2 bilik (Deluxe Two Bedroom) sekaligus selama 3 hari 2 malam. Proses pendaftaran mengambil masa yang agak lama. Ini mungkin kerana pihak pengurusan hotel cuba memenuhi permintaan kami untuk mendapatkan bilik-bilik berdekatan antara satu sama lain.

Raibow Paradise Resort Reception
Raibow Paradise Resort Reception

Unit apartment ini boleh tahan luasnya dan bersih. Dilengkapi dengan 2 bilik tidur individu dan ruang tamu berasingan dengan ruang makan. Bilik air utamanya dilengkapi dengan bathtub. Kadar bayaran untuk 1 unit apartment 2 bilik ini ialah lebih kurang RM440/semalam termasuk sarapan pagi untuk 4 orang.

Ruang tamu dan ruang makan
Bilik tidur utama

Kemudahan WiFi juga ada disediakan. Disetiap unit apartment ada balkoni yang menyajikan pemandangan yang luas dan cantik.

Rainbow Paradise Apartment, view from balcony.
Pemandangan dari apartment balkoni

Dining

Dewan makan atau Breeze Cafe resort ini mempunyai ruang makan indoor dan outdoor yang mengadap kolam renang dan laut. Dibuka dari 6:00am hingga 11:00pm. Hidangan menu untuk sarapan pagi agak memuaskan dengan pelbagai sajian dihidangkan. Saya tidak berkesempatan untuk makan tengahari/malam di sini, jadi tidak banyak yang dapat saya komen tentang makanan di sini.

Rainbow Paradise Resort Dining
Rainbow Paradise Resort Breeze Cafe

Kolam Renang

Kolam renangnya terletak berhadapan dengan Breeze Cafe. Terdapat 2 kolam renang berasingan, untuk kanak-kanak dan untuk dewasa. Kolam renang untuk kanak-kanak agak kecil tapi kids really enjoy it. Berhadapan dengan kolam renangnya ialah pantai yang menarik.

Rainbow Paradise Resort Pool
Kolam renang kanak-kanak dan dewasa

Perkara yang perlu diberi penambahbaikan

Kawasan tempat letak kereta di sini agak terhad. Keadaan bertambah sukar pada waktu malam sekiranya pulang lewat. Selain di basement, pelawat boleh parking di susur tepi ramp masuk dan keluar ke lobi. Atau di tepi-tepi jalan di kawasan perumahan yang berdekatan.

Ratings:
😊😊😊🌚🌚

*Nota: Maklumat di atas adalah dari pengalaman saya sendiri. Setiap foto adalah hakcipta terpelihara. Penilaian (review) dibuat tanpa dipengaruhi oleh pihak ketiga.

2 thoughts on “Rainbow Paradise Beach Resort Pulau Pinang

  • 2nd July 2019 at 11:58 am
    Permalink

    Menarik! nampak memang sesuai untuk a big family resort ni.
    Nice sharing.

    Reply
    • 2nd July 2019 at 1:36 pm
      Permalink

      Terima kasih. Memang sesuai untuk big gathering cuma parking ada masalah sikit. Yg lain semua ok.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *