Kembara Infrared

Bagi peminat seni fotografi, Infrared atau “IR” fotografi mungkin tidak asing lagi dalam dunia foto walaupun perkembangannya tidaklah begitu meluas. Atas sifat ingin mencuba sesuatu yang baru dalam bidang fotografi (walaupun saya bukanlah seorang fotografer profesional), saya telah cuba mempelajari selok belok dunia Infrared fotografi ini dengan melakukan beberapa eskperimen dan menghadiri kursus / bengkel.

Apa itu Infrared

Normal mata manusia secara literal tidak dapat melihat cahaya IR kerana ia terletak diluar apa yang dikelaskan sebagai spektrum “kelihatan” yang penglihatan manusia dapat dikesan. Jadi apabila kita mengambil gambar menggunakan Infrared filter (lekap) atau kamera yang telah di ubahsuai kepada Infrared kamera, kita terdedah kepada dunia yang kelihatan berbeza dengan yang kita biasa lihat. Semua warna subjek seperti langit, daun, tekstur, air akan menghasilkan cahaya Infrared yang unik dan menarik. Walau bagaimanapun, hasil sesuatu gambar Infrared berbeza-beza bergantung pada beberapa faktor seperti jenis filter (590nm, 665nm, 720nm atau 850nm), sensor kamera, White Balance setting, keadaan keadaan cuaca.

Infrared Filter

Setelah membuat research melalui beberapa sumber dari Internet dan melayari blog-blog berkaitan Infrared, saya memulakan eksperimen dengan menggunakan filter Hoya R72 IR Filter yang dilekapkan ke Canon EOS 1100D (basic DSLR aje). Kaedah ini memerlukan teknik long esposure yang sangat panjang kerana filternya yang sangat gelap, 720nm (kena ada sifat sabar yang tinggi ;-)). Namun, setting yang lain seperti shutter speed, ISO dan aperture adalah sama seperti kamera normal. Untuk setting White Balance saya gunakan custom setting dengan rumput hijau sebagai reference. Berikut adalah antara contoh imej RAW yang dihasilkan melalui Hoya R72 IR Filter.  

RAW yang dihasilkan melalui Hoya R72 IR Filter
RAW yang dihasilkan melalui filter Hoya R72 IR Filter

Infrared Journey

Infrared Journey
Infrared Journey Workshop

Eksplorasi saya diteruskan lagi sehinggalah saya terjumpa iklan di Facebook berkenaan bengkel Infrared Journey (IJ) anjuran group KaKiLeNsKeP. Bengkel IJ ini dijalankan berasaskan kepada konsep outingguiding (bimbingan) dan sharing (perkongsian) seperti setting White Balanceexposure, composition, dan editing flow RAW Infrared. Banyak ilmu yang saya timba daripada bengkel IJ ini. Terima kasih banyak kepada sifu-sifu hebat seperti Azman Rahman (idola saya ni), Azam Alwi (pakar bedah‘ kamera), Mad Zaki Mozakim, Azmizi Omar, Azrudin Abd RashidAzman Abdullah dan Edenn Laa. Tak lupa juga kepada rakan-rakan ‘seperjuangan’ seperti Kamaruz ZamanAbdul Razak Kassim, Faizal Hamid, Along Zabri, Abie Iman dan Badrul Hisham (antara yang sempat saya ingat).

Tenaga pengajar (biru) dan para peserta (hitam) bengkel Infrared Journey (IJ)
Sesi taklimat Infrared Journey

Dalam bengkel IJ ini saya guna kamera Nikon D90 yang terpaksa dikorbankan yang telah di’bedah’ oleh sifu Azam Alwi dengan menggantikan filter semi-autumn 630nm. Lokasi outing bengkel telah diadakan di Taman Tasik Shah Alam, Selangor.

Contoh RAW IR dari Nikon D90 IR modified body.

RAW imej hasil dari filter IR630nm
RAW imej hasil dari filter IR630nm

False Color @ Salah Warna

Salah satu elemen terpenting dalam Infrared fotografi ialah pemisahan tonal warna yang berbeza diantara langit, pokok dan subjek utama. Untuk proses editing, saya gunakan perisian ViewNX 2 dan Adobe Photoshop kerana kedua-duanya mempunyai features yang dapat memberikan rangsangan tonal pada RAW imej melalui beberapa kaedah dan juga untuk proses swap colour melalui Channel Mixer di Photoshop. InshaAllah saya akan kongsikan tutorial mengenai Infrared color processing di dalam blog saya yang akan datang. Alternatif kepada Photoshop, boleh juga guna perisian GIMP 2.8.

Contoh imej setelah menjalani proses editing color processing.

Zoo Negara, Malaysia
Taman Tasik Cyberjaya, Selangor.
Taman Tasik Cyberjaya, Selangor.
Taman Wetland, Putrajaya.

End of article ~

2 thoughts on “Kembara Infrared

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *