Restoran Lineclear Kg. Jawa, Melaka

Kg. Jawa, Melaka memang terkenal sejak turun temurun tempat jualan segala barangan keperluan harian dari barangan retro hinggalah ke barangan terkini. Apa yang menariknya di sini ialah terletaknya kedai makan warisan iaitu Restoran Lineclear Kg. Jawa (ini bukan yang macam kat Penang tu ya 😁) atau lebih popular di kalangan orang Melaka dengan panggilan Sate Kg. Jawa.

Deretan kedai-kedai lama di lorong Kg. Jawa, Melaka.
Deretan kedai-kedai lama di lorong Kg. Jawa, Melaka.

Sate Kampung Jawa Melaka

Restoran Lineclear Kg. Jawa, Melaka
Restoran Lineclear Kg. Jawa, Melaka

Perniagaan restoran ini telah diusahakan secara turun temurun dan kini sudah hampir 70 tahun beroperasi. Trademark restoran ini ialah ‘sate’nya. Ada pelbagai jenis sate dijual di sini seperti sate ayam, daging, kerang dan hati (setakat yang saya tahu lah). Rugi kalau datang dari jauh tapi tak order sate Kg. Jawa 😆. Kuah satay kacangnya memang ‘kaw’ pekat, manis dan pedas 😋. Itu yang menjadi penambat selera

Sate Kg. Jawa, Melaka.
Sate Kg. Jawa, Melaka.

Selain dari sate, ada banyak lagi menu disediakan seperti mi goreng (favorite saya sejak dari 20 tahun yang lalu), mi rebus, char kuetiau goreng, rojak dan banyak lagi. Kalau tak pasti nak order apa, anda boleh minta pekerja kedai tolong bagi cadangan. Saya cadangkan cuba rojak campur special dan char kuetiau goreng. Tak lupa juga air jagung cincau dan cendol… Memang terbaik 👍.

Restoran Lineclear Menu
Antara menu yang menarik, mi goreng, jagung cincau dan rojak campur special

Sungai Melaka River Cruise

Terletak di tebing muara Sg. Melaka, sambil menikmati makanan yang enak, pengunjung juga dapat menikmati panorama Sg. Melaka dengan menyaksikan bot-bot persiaran pelancong yang berulang-alik di sepanjang Sg. Melaka (Melaka River Cruise).

Malacca River Cruise
Malacca River Cruise

Berdekatan restoran ini ada mini landskap dan Jambatan Kg. Jawa.

Jambatan Kg. Jawa dan mini landskap
Jambatan Kg. Jawa dan mini landskap

Keluasan Restoran Lineclear ini tidaklah begitu besar dan ianya berkonsep terbuka. Kalau anda datang waktu puncak, maka bersabarlah untuk dapatkan meja kosong. Bagi yang tak tahan panas tu bertabahlah ya 😅. Tapi sekali dah terasa keenakan makanan di sini, semua cabaran tidak menjadi hal 😆.

Lorong hadapan Restoran Lineclear
Lorong hadapan Restoran Lineclear

Parking sedikit masalah di sini. Kalau waktu cuti, anda boleh parking di hadapan restoran ini sekiranya kedai di hadapan tutup. Tetapi kadang-kadang Majis Bandaraya Melaka datang buat operasi. Namun begitu, dalam 100m ke hadapan ada parkir awam persendirian dengan kadar RM3 sekali masuk. Atau anda boleh parking di tepi-tepi deretan kedai yang ada disediakan petak paking.

Kawasan parking persendirian di hadapan Restoran Lineclear
Kawasan parking persendirian di hadapan Restoran Lineclear

Kemudahan Awam

Madrasah bersebelahan Restoran Lineclear
Madrasah bersebelahan Restoran Lineclear

Bersebalahan restoran ini ada madrasah. Boleh singgah solat di sini. Tandas juga ada disediakan di madarasah ini tapi faham-fahamlah ya, ada tabung infaq disediakan di depan pintu masuk madrasah ini 😊.

Ratings:
😋😋😋 😋 🌚

Alamat: 23, Lorong Jambatan, Kampung Jawa, 75100 Melaka
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Jumaat 11am – 5:30pm

3 thoughts on “Restoran Lineclear Kg. Jawa, Melaka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *