Pantai Puteri Melaka | Kembara Infrared II

Pantai Puteri Melaka adalah sebuah perkampungan nelayan, dahulunya dikenali dengan nama Pantai Kundur, terletak lebih kurang 12km dari bandar Melaka dan 7km dari Pantai Klebang. Suatu ketika dahulu, Pantai Kundur ini terkenal dengan pesta mandi Safar atau ‘pesta puja pantai’ yang diadakan setiap tahun apabila tiba bulan Safar (bulan Islam) dengan tujuan kononnya untuk tolak bala. Walau bagaimanapun, upacara mandi Safar ini telah dihentikan sejak sekian lama setelah ianya di fatwakan bid’ah dan karut.

Pantai Puteri Melaka
Pantai Puteri Melaka
| Infrared fotografi | Nikon D90 converted body IR630nm filter |

Namun begitu, Pantai Puteri kini terus menjadi tarikan terutamanya di musim cuti umum & cuti persekolahan.

Pantai Puteri Melaka
Tambakan pasir dan batu di tepian Pantai Puteri Melaka
Pantai Puteri Melaka
Pemandangan disepanjang Pantai Puteri Melaka
| Infrared fotografi | Nikon D90 converted body IR630nm filter |

Apa Yang Menarik Di Pantai Puteri

Kebiasaannya bila nampak pantai, anak-anaklah yang paling excited nak mandi laut diikuti mak ayah yang terlebih riang. Nasihat saya, elakkan mandi di kawasan dalam ketika air laut sedang pasang.

Pantai Puteri Melaka
Elakkan mandi ketika air laut pasang
| Infrared fotografi | Nikon D90 converted body IR630nm filter |

Panas? Tak bawa kemah? Tak perlu risau. Disepanjang pantai ini terdapat pokok-pokok besar, menjadikan ianya redup dan sesuai untuk aktiviti riadah seperti aktiviti berkelah, family day, barbecue dan club gathering. Kemudahan lain juga ada disediakan seperti tandas awam, masjid dan surau.

Big trees along Pantai Puteri's beach
Deretan pokok-pokok besar di sepanjang Pantai Puteri.
Big tree rows along along Pantai Puteri (Infrared photography)
Deretan pokok-pokok besar di sepanjang Pantai Puteri.
| Infrared fotografi | Nikon D90 converted body IR630nm filter |
Game site at Pantai Puteri (Infrared photography)
Kawasan tapak permainan di Pantai Puteri Melaka.
| Infrared fotografi | Nikon D90 converted body IR630nm filter |

Penginapan Di Pantai Puteri

Bagi yang memilih untuk menginap, di sini ada disediakan homestay / chalet (e.g. Anjung Sayang Chalet, Puteri Qashrina Chalet), motel / hotel (e.g. Hotel Pantai Puteri) dan banyak lagi. Kalau waktu cuti panjang, memang sentiasa penuh. So kena booking awal. Ada juga yang bermalam dengan berkhemah di tepi pantai. Take your own risk ya!

Hotel Pantai Puteri Melaka
Hotel Pantai Puteri Melaka

Tempat Makan Di Pantai Puteri

Nak cari tempat makan di sini memang tidak ada masalah dari sarapan pagi hinggalah ke makan malam. Disepanjang jalan besar Pantai Puteri ini ada deretan kedai makan. Antara yang famous ialah Malaqat Barkat Roti John, Tepian Biru Corner, Amzai Tom Yam, medan ikan bakar dan banyak lagi. Malah ada pasar malam setiap hari Ahad. Kedai-kedai runcit pun ada.

Pasar Nelayan Pantai Puteri

Orang ramai boleh membeli ikan terus dari nelayan-nelayan yang baru naik ke darat. Harganya bolehlah tahan murah (bagi saya), tapi yang penting ikan-ikannya segar, terbaik dari laut 👍. Ikan baru naik darat ni sedap dia lain macam sikit 😋. Tak percaya, cubalah. Biasanya nelayan-nelayan akan naik ke darat dalam jam 11am. Waktu ini sudah ramai yang menunggu. Atau boleh juga beli ikan-ikan segar di pasar yang berdekatan di Pantai Puteri ini.

Kampung nelayan Pantai Puteri
Kampung nelayan Pantai Puteri
| Infrared fotografi | Nikon D90 converted body IR630nm filter |
Kampung nelayan Pantai Puteri
Pondok tempat menyimpan bot-bot nelayan – Kampung nelayan Pantai Puteri
| Infrared fotografi | Nikon D90 converted body IR630nm filter |
Senja di Pantai Puteri
Suasana senja di Pantai Puteri, Melaka.

Pentas Budaya Pantai Puteri

Pentas Budaya Pantai Puteri, Melaka.
Pentas Budaya Pantai Puteri, Melaka.
| Infrared fotografi | Nikon D90 converted body IR630nm filter |

Di tapak Pentas Budaya Pantai Puteri ini sering digunakan untuk pertunjukan kebudayaan, konsert, sukaneka dan berbagai-bagai karnival terutamanya di musim cuti. Di belakang pentas ini ada disediakan taman permainan kanak-kanak dan gerai jualan pakaian dan makanan (bermusim).

Menunggang Kuda / Unta Di Pantai Puteri

Pernah naik unta atau kuda sambil bersiar-siar di tepi pantai? Nahh… Anda boleh menunggang atau menaiki kereta kuda atau unta sambil menyusuri pantai sambil dibuai angin pantai yang sepoi-sepoi bahasa.

Kereta kuda Pantai Puteri
Aktiviti menaiki kereta kuda Pantai Puteri

Aktiviti Memancing Di Pantai Puteri

Bagi yang kaki memancing, di sini ada banyak port untuk memancing. Umpan pun ada dijual di tepi-tepi jalan. Ada waktu ketika diadakan pertandingan memancing dengan tawaran hadiah sehingga sebuah kenderaan. Kebiasaannya ramai yang turun memancing waktu malam hingga ke awal pagi. Ikan gelama dan ikan duri selalunya sering dapat. Kalau bernasib baik dapat naik ikan pari. Kalau nasib kurang baik ikan buntal pulak yang mari 😆.

Senja di Pantai Puteri

~ End of article ~

2 thoughts on “Pantai Puteri Melaka | Kembara Infrared II

  • 28th August 2019 at 7:56 pm
    Permalink

    I like the helpful information you provide in your articles. I will bookmark your blog and check again here regularly. I’m quite sure I will learn many new stuff right here! Best of luck for the next!|

    Reply
    • 30th August 2019 at 12:34 pm
      Permalink

      Thank you so much & really appreciate it.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *